NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UEC Akan Menghilang Identiti Kebangsaan



MAPIM ( Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia ) dan Tears ( Teras Pengupayaan Melayu ) berpandangan pengiktirafan EUC yang dilaksanakan oleh sekolah persendirian Cina di negara ini akan akhirnya menghilangkan identiti kebangsaan negara ini . UEC adalah sijil yang mengenepikan soal bahasa kebangsaan sebagai bahasa pembentuk ciri negara ini.

Kurikulum bahasa pengantara yang digubal secara berlawanan dengan arus perdana Bahasa Kebangsaan akan menghakiskan nilai keMalaysian yang selama ini telah diusahakan bersama oleh pelbagai pihak melibatkan pelbagai kaum.

Akta Pendidikan 1969 dirumus dan diluluskan di Parlimen telah menetapkan Bahasa Kebangsaan ( Melayu ) sebagai medium pengantara dalam semua institusi pendidikan yang berdaftar. Sejak itu semua kaum menerima hakikat bahawa bahasa Melayu adalah bahasa teras membentuk sahsiah dan jatidiri negara ini.

Sejak kemerdekaan ruang pendidikan vernikular dibenarkan malah diberi peruntukan oleh kerajaan. Melahirkan pelajar yang sebati dengan bahasa kebangsaan disamping membenarkan bahasa ibunda masing-masing kaum dipelajari adalah suatu kesepakatan yang cukup unik dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia.

Isu pokoknya ialah bukan soal UEC yang mereka mahu diiktiraf sahaja , malah mereka mahu mengubah dasar keseluruhan pendidikan di negara ini dengan mengenepikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantara sekaligus jatidiri nasional dikalangan pelajar .

Persoalannya kenapa hal ini muncul dalam usaha kita memupuk generasi Malaysia dengan kebersamaan jatidiri nasional melalui bahasa kebangsaan di negara ini. Dengan hanya mewujudkan subjek Bahasa Melayu dalam pengajaran sedangkan subjek lain diajar dalam bahasa Cina jelas menunjukkan mereka mahu menunjukkan bahasa kebangsaaan tidak penting untuk membentuk masyarakat di negara yang mempunyai sejarah membangun sistem pendidikan .

Para pemikir dan penggubal sistem pendidikan negara ini sudah sekian lama meneliti apakah implikasi menjadikan bahasa lain dari bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantara.

UEC bukan sahaja harus ditolak malah pihak kerajaan harus menyemak kelulusan sekolah pensendirian yang mengguna bahasa selan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara. Pengiktirafan UEC akan membuka pintu kepada pelbagai rombakkan kepada teras pendidikan negara yang akhirnya menjadikan pendidikan dinegara ini tanpa ciri kebangsaan.

Sekolah persendirian Cina harus menerima dasar negara dan tahu implikasi kepada matlamat intergrasi nasional dalam pembinaan negara jika generasi muda melalui pendidikan yang gersang dari penguasaan bahasa kebangsaan.

Isu iUEC ini bukan sekadar isu bahasa pengantara akan tetapi melibatkan teras pembentuk sahsiah nasional.

Mohd Azmi Abdul Hamid ialah Presiden MAPIM dan TERAS

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo