Tun Mahathir: Rais tak menyesal sokong



SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
29 JULAI 2018


KUALA LUMPUR - Budayawan, Tan Sri Dr Rais Yatim membidas pihak yang menyebarkan maklumat kononnya beliau menyesal menyokong Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kata tokoh politik veteran itu, penularan maklumat palsu tersebut adalah satu perbuatan bidaah.

Menurut Rais, beliau tidak pernah sesekali menyesal menyokong Dr Mahathir.

"Mereka sudah hilang modal. Lalu membidaah dengan berita palsu.

"Tun Mahathir tetap obor. Tak timbul isu sesalan menyokongnya," katanya dalam laman Twitternya hari ini.

Rais turut memuat naik gambar yang memaparkan tajuk 'Himpunan Kebangkitan Ummah: Rais Yatim kini menyesal sokong Tun Mahathir'.

Gambar itu menunjukkan kehadiran Rais di Himpunan Kebangkitan Ummah yang turut dihadiri pemimpin Umno dan Pas.

Dalam laman Twitternya semalam, Rais yang juga ahli Bersatu menjelaskan himpunan itu bertujuan menyedarkan orang Melayu mengenai kepentingan budaya bangsa agar tidak terhakis.



Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget