NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tun M mula dolak dalik, tempoh bila Anwar jadi PM tak penting ?




KUALA LUMPUR 26 Julai - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau akan terus kekal sebagai Perdana Menteri selagi rakyat mahukan khidmatnya.

Tambahnya, beliau akan mematuhi kehendak rakyat dan tempoh masa untuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikannya sebagai Perdana Menteri adalah tidak penting.

"Jika syarat untuk kami berkerja bersama adalah saya menjadi Perdana Menteri untuk dua atau tiga tahun, bagi saya itu tidak penting. Saya akan patuh kepada kehendak rakyat.

"Pendapat peribadi saya tentang Anwar tidak penting. Saya perlu percaya kepada dia sama ada suka atau tidak. Saya tidak boleh berada di sini pada setiap masa walaupun ada yang mahu saya berkhidmat melangkaui tempoh yang telah dipersetujui rakan gabungan," katanya kepada CNN seperti disiarkan hari ini.

Sebelum ini, mengikut perancangan, Pengerusi Pakatan Harapan itu akan menyerahkan kepimpinan kepada Anwar dalam tempoh masa dua tahun selepas menjadi Perdana Menteri. - UTUSAN ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo