NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tragedi Tahfiz : 70 Peratus Wang Sumbangan Di Agih Kepada Waris


Keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat di sini sepakat supaya 70 peratus wang sumbangan orang ramai diagihkan kepada waris mangsa yang terkorban dan cedera manakala baki 30 peratus lagi kepada pusat tahfiz berkenaan.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Tahfiz Malaysia (Pertama), Zamzuri Zakaria yang kehilangan anaknya Muhammad Aidil Aqmal, 10 tahun, dalam tragedi itu berkata, jumlah agihan tersebut merupakan janji pertama yang dibuat oleh pengetua pusat tahfiz, Mohd Zahid Mahmood, susulan kejadian.

Beliau bagaimanapun berkata tidak mengetahui jumlah sebenar sumbangan yang dikutip, namun menganggarkan ia melebihi RM7.6 juta. - Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo