NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu: Muslimat Pengimbang Pembangunan



KUALA TERENGGANU – Peranan muslimat amat penting dalam membantu dan menjadi pengimbang (check and balance) dalam pentadbiran kerajaan PAS Negeri Terengganu

ًYang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu. YB Haji Yahya Ali berkata, contohnya muslimat boleh memberi pandangan dan cadangan untuk penambahbaikan peranan portfolio kerajaan negeri .

"Khususnya yang berkaitan dengan wanita dan keluarga," ujar beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Tiga. PAS Negeri itu dalam majlis kunjungan hormat Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu ke pejabat belaiu di Wisma Darul Iman pada rabu, 11 Julai di sini.

Selain itu, tambah Haji Yahya Ali lagi, mereka juga boleh menjadi pemerhati dalam sidang DUN setiap kali persidangan diadakan.


"Bagi memberi gambaran sebenar perjalanan mesyuarat ADUN serta memberi cadangan untuk membantu para wakil rakyat di negeri Terengganu," ujarnya.

Beliau turut memberikan penerangan secara ringkas berkaitan peranan dan tanggungjawabnya dalam memimpin sidang DUN, peranan ADUN serta gambaran urusan di pejabat beliau.


Sementara itu Ketua DMPNT, Hajah Zarani Othman yang mengetuai rombongan seramai 14 orang ahli jawatankuasa DMPNT berkata lawatan tersebut bertujuan mengenali dengan lebih dekat tugas, tanggungjawab serta bidang kuasa Speaker DUN.

"Kunjungan ini pertama ke Wisma Darul Iman dan cadangan akan disusuli dengsn kunjungan kepada Menteri Besar dan diikuti exco-exco lain," tambah beliau.





No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo