NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu: Jumlah Jemaah Haji Meningkat Tahun Ini


KUALA NERUS – Jumlah jemaah haji dari Terengganu meningkat kepada 2,739 orang tahun ini berbanding 2,500 orang tahun lepas, kata Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 101 orang jemaah adalah dari kalangan kakitangan kerajaan negeri yang mendapat pengiktirafan atas kecermelangan perkhidmatan mereka.

Beliau turut menasihatkan jemaah haji yang akan berangkat supaya menjaga disiplin dan mengikut segala arahan yang dikeluarkan Tabung Haji sepanjang berada di Tanah Suci.

"Jemaah haji dari Terengganu merupakan sebahagian daripada 30,200 Malaysia yang berpeluang menunaikan haji tahun ini dengan sejumlah 112 penerbangan disediakan untuk membawa mereka bermula 14 Ogos ini.

"Jemaah iingatkan supaya kerap minum air dan jangan terlalu terdedah kepada cahaya matahari kerana cuaca di sana ketika ini sangat panas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Haji Musim 1439 Hijrah peringkat negeri, di Taman Tamadun Islam, di sini malam tadi.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan, Datuk A. Rahman Yahya dan Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani.

Sementara itu Adi Azuan berkata tidak ada peraturan baharu yang dikenakan terhadap jemaah haji dari Malaysia, meskipun Kerajaan Arab Saudi akan mengenakan cukai tambah nilai lima peratus seperti GST kepada Tabung Haji mulai tahun ini.

"Ini kerana semua perkhidmatan dan barangan yang dibeli Tabung Haji, perlu tambah lima peratus yang akan ditanggung oleh Tabung Haji," katanya.

Adi Azuan berkata, Tabung Haji sentiasa memperbaiki kemudahan perkhidmatannya terutama semasa jemaah berada di Arafah dan Mina yang keadaannya sangat padat.

"Untuk keselesaan jemaah, kita akan menyediakan tambahan blower bagi mengurangkan kehangatan," katanya.

Beliau berkata, buat pertama kalinya tahun ini TH menguruskan jemaah haji melalui Kompleks Tabung Haji Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang yang dibina melibatkan peruntukan kira-kira RM450 juta menggantikan Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya yang telah beroperasi sejak 36 tahun lalu. – BERNAMA



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo