NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu: Dato' Husain Awang Dilantik Senator -  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar



SEKALUNG tahniah diucapkan kepada Dato' Ustaz Haji Husain bin Awang yang telah dipilih sebagai Ahli Dewan Negara. Ahli Dewan sebulat suara bersetuju di atas pelantikan beliau mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Beliau berpengalaman luas sebagai Yang Dipertua Dun Terengganu yang telah diberi kepercayaan untuk menerajui persidangan pada sesi 1999-2004.

Dato' Ustaz Haji Husain juga berpengalaman dalam bidang pendidikan dan bergerak aktif dalam politik. Merupakan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat dan terkini adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu.

Saya yakin dengan kewibawaan dan kredibiliti beliau sebelum ini dapat memberikan input yang positif dalam persidangan Dewan Negara yang akan datang.

Selamat bertugas untuk kecemerlangan Negeri dan rakyat Terengganu.

YAB DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Menteri Besar Negeri Terengganu
4 Julai 2018


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo