Tan Sri S.A. Vigneswaran Presiden Baharu MIC



KUALA LUMPUR – Tan Sri S. A. Vigneswaran dipilih sebagai Presiden MIC baharu bagi penggal 2018-2021 selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan parti itu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Presiden Datuk R.Gobalakrishnan mengumumkan kemenangan itu selepas Vigneswaran tidak dicabar mana-mana anggota parti apabila proses pencalonan ditutup pada 12 tengah hari.

Sebelum ini, bekas Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan tertinggi parti itu.

Vigneswaran yang juga bekas naib presiden parti menerima sokongan daripada 3,616 cawangan MIC di seluruh negara yang terdiri daripada 4,300 cawangan.

“MIC kini dah jadi pembangkang, jadi kita akan adakan perubahan besar-besaran dalam struktur parti untuk menarik sokongan masyarakat India terutama generasi muda.

“Kita akan meneruskan matlamat asal iaitu perjuangan buat masyarakat India,” katanya ketika ditemui selepas proses pencalonan Presiden di ibu pejabat MIC di sini.

Parti komponen Barisan Nasional (BN) itu akan meneruskan lagi proses pemilihan calon bagi peringkat bahagian, negeri serta pusat sebelum akhir tahun ini. – BERNAMA
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget