Surat Terbuka kepada Menteri Pendidikan



Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
d/a Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co
Peguambela & Peguamcara
No 8-1(A) Jalan Sinar Sentul 1
Pusat Komersial Sinar Sentul
55110 Kuala Lumpur

Tarikh : 27 hb Julai 2018

YB Dr. Maszlee bin Malik
Menteri Pendidikan Malaysia
Pejabat Menteri Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 18, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 Putrajaya

SEGERA

DENGAN FAKS, Email & POS

YB Tuan,

Per : Laporan Malaysiakini bertarikh  27 Julai 2018

Adalah saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas dan kenyataan YB Tuan bertarikh 27 Julai 2018 bertajuk "Kini Mazlee Kata SMPC Boleh Dapat Peruntukan” seperti yang di laporkan web portal berita Malaysiakini melalui pautan https://www.malaysiakini.com/news/436107

 2.        Saya menulis surat ini bukan atas kapasiti saya sebagai seorang Peguam tetapi atas kapasiti saya sebagai bekas calon Bebas PRU14 di Parlimen P100 Pandan yang telah berjaya mendapat 73 undi rakyat.

3.         Atas kedudukan saya yang telah di pilih sebagai wakil kepada 73 orang rakyat berkenaan, saya ingin mengemukakan bantahan 73 orang rakyat terhadap pengumuman YB Tuan sebagaimana yang telah di laporkan oleh Malaysiakini berkenaan.

4.         Untuk makluman YB Tuan, tiada mana-mana peruntukan di dalam Akta Pendidikan 1996 yang membenarkan YB Tuan selaku Menteri Pendidikan untuk menyalurkan apa-apa bantuan modal dari kantung Kerajaan Persekutuan bagi tujuan menyelenggara Sekolah Menengah Persendirian Cina berkenaan.

5.         Menurut seksyen 16 Akta Pendidikan 1996, terdapat 3 kategori institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan iaitu :-

            (a) institusi pendidikan kerajaan

            (b) institusi pendidikan bantuan kerajaan; dan

            (c) institusi pendidikan swasta.

6.         Bahagian VII Akta Pendidikan 1996 bermula dari seksyen 73 hingga 78 adalah merupakan seksyen-seksyen perundangan berkaitan dengan Institusi Pendidikan Swasta dan tiada satupun daripada 6 seksyen berkenaan yang memberikan kuasa kepada Menteri Pendidikan untuk menyalurkan apa-apa bantuan modal kepada Institusi Pendidikan Swasta.

7.         Saya juga ingin merujukkan YB Tuan kepada Seksyen 2 Akta Pendidikan 1996 yang secara jelas menyatakan seperti berikut :-

            “sekolah swasta” atau “institusi pendidikan swasta” ertinya sekolah atau institusi pendidikanyang bukan sekolah atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan.           

8.         Untuk pengetahuan YB Tuan, sekiranya Akta Pendidikan 1996 membenarkan apa-apa saluran bantuan modal atau dana kepada mana-mana institusi pendidikan, ianya akan di nyatakan secara jelas di dalam Akta Pendidikan 1996 seperti 3 contoh berikut :-

i) Seksyen 28 Akta Pendidikan “Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh menubuhkan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan dan hendaklah menyenggarakan sekolah-sekolah itu.

ii) Seksyen 31 Akta Pendidikan 1996 “Tertakluk kepada peruntukan akta ini, Menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan mana-mana sekolah yang di perihalkan dalam seksyen 30 (sekolah menengah kerajaan)

iii) Seksyen 64 Akta Pendidikan berkaitan Kuasa Menteri untuk memberikan bantuan kewangan atau selainnya berkaitan murid yang dalam kesusahan atau kemiskinan di mana-mana institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan.

9.         Saya juga ingin merujukkan YB Tuan berkaitan tatacara kewangan di dalam Akta Pendidikan 1996 iaitu melalui seksyen 123 hingga seksyen 125 dan selepas membaca ketiga-tiga seksyen berkenaan, tiada satu ruang pun untuk boleh membawa maksud YB Tuan sekalu Menteri Pendidikan boleh memberikan apa-apa bantuan kewangan dari wang Persekutuan untuk maksud membantu Sekolah Menengan Persendirian Cina seperti kenyataan YB Tuan di parlimen berkenaan.

10.       Walaubagaimanapun, terdapat hanya satu jenis sekolah sahaja yang di luar sistem pendidikan kebangsaan yang boleh di bantu kewangannya oleh YB Tuan selaku Menteri Pendidikan seperti yang di nyatakan dalam seksyen 52 Akta Pendidikan 1996 seperti berikut:-

52. Bantuan Kewangan kepada institusi pendidikan Islam yang tidak di tubuhkan atau di senggarakan oleh Menteri atau Kerajaan Negeri.

Tertakluk kepada apa-apa syarat dan batasan yang di fikirkan oleh Menteri patut di kenakan, bantuan kewangan secara sumbangan boleh di berikan daripada wang yang di peruntukkan oleh Parlimen kepada suatu institusi pendidikan Islam, yang tidak di senggarakan oleh Menteri di bawah Akta ini atau oleh Kerajaan sesuatu negeri dan merupakan samada yang merupakan suatu institusi pendidikan mengikut pengertian Akta ini atau bukan institusi pendidikan sedemikian, hanya kerana pengajaran di institusi pendidikan itu adalah terbatas kepada pengajaran agama Islam semata-mata.

11.       Oleh itu, kenyataan YB Tuan di Parlimen semalam seperti yang di laporkan oleh Malaysiakini adalah satu kenyataan yang tidak berasaskan kepada mana-mana peruntukan di bawah Akta Pendidikan 1996, tiada kesan undang-undang, tiada ketahuan undang-undang (unknown to law) melainkan hanya satu kenyataan politik yang tidak mengikat mana-mana pihak untuk melaksanakannya.

12.       Akhirnya, saya berharap agar YB Tuan tidak lagi perlu membazirkan masa sebagai Menteri yang di bayar gaji melalui wang rakyat untuk melayan sebarang desakan dan tuntutan bersifat rasis dari mana-mana ahli Parlimen Rasis yang berlindung di sebalik slogan liberalisme yang di buat mereka semata-mata bagi menjayakan agenda jahat mereka yang tidak berteraskan apa-apa peruntukan undang-undang.

Sekian dan terima kasih.


Yang benar,

…………………………………………………..
MOHD KHAIRUL AZAM BIN ABDUL AZIZ
012-9770412



           




Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget