NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SST : Pakatan Harapan Tandus Idea



1. Kerajaan Pakatan Harapan harus rasa bersalah dan malu kerana gagal memulihkan ekonomi negara dan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat sepanjang 60 hari memerintah negara.

2. Bermula dengan manipulasi hutang RM1 trilion, tidak mengurangkan kadar tol, tidak mengurangkan harga petrol, menaikkan tarif elektrik bukan domestik, melakukan u-turn pembayaran PTPTN, melakukan u-turn projek mega ECRL dan LRT3 dan yang terbaru memperkenalkan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 10% dan 6%.

3. Apa beza Pakatan Harapan dengan Barisan Nasional? PH tandus idea untuk membina semula ekonomi negara.

4. Pakej kegagalan ini secara langsung telah membebankan rakyat kebanyakan khususnya golongan M40 dan B40.

5. Indeks Harga Pengguna (IHP) pada bulan Jun 2018 telah menunjukkan peningkatan 0.8% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Ini bermakna kenaikan tarif elektrik pada bulan Julai dan disusuli dengan SST pada bulan September akan terus melonjakkan bebanan hidup rakyat.

6. Pakatan Harapan telah mengkhianati manifesto sendiri dan menipu majoriti rakyat Malaysia.

7. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) konsisten menolak SST 10% dan 6% serta GST 6% pada sebelum dan selepas PRU Ke-14. PAS mempunyai tawaran lebih baik untuk diperkenalkan kepada rakyat.

8. PAS bercadang untuk mengenakan Cukai Simpanan Korporat dan Cukai Pegangan Saham hanya sebanyak 2.5% sahaja. Itu pun kedua-dua cadangan cukai ini tidak membebankan rakyat amnya yang terdiri dalam kalangan M40 dan B40 kerana ia bukan cukai kepenggunaan.

9. Malah diunjurkan sekiranya kedua-dua cukai ini dilaksanakan, kerajaan boleh memperoleh sekitar RM40 hingga RM50 bilion setahun iaitu jumlah yang lebih tinggi daripada kutipan GST dan SST serta tidak meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada pendapatan hasil petroleum negara.

Sejahtera Bersama Islam

Sekian.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo