NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPRM Nafi Tarik Balik Pertuduhan Kes Rasuah Guan Eng


PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan kononnya badan itu akan menarik dua pertuduhan kes rasuah terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita hari ini.

SPRM, dalam kenyataan, memberitahu suruhanjaya itu tu tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan perkara seumpama itu bagi mana-mana kes pendakwaan sebaliknya ia tertakluk kepada kuasa Pejabat Peguam Negara.

Sebuah portal memetik laporan China Press yang melaporkan bahawa SPRM berkemungkinan akan menarik balik dua pertuduhan terhadap Lim apabila perbicaraan kes rasuah Lim dan ahli perniagaan, Phang Li Koon, pada 30 Julai ini.

Lim didakwa dengan dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah dan pembelian banglo di bawah nilai pasaran di Pulau Pinang ketika menjadi ketua menteri negeri itu.

Lim mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan tersebut.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Lim didakwa menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa menyalahgunakan kedudukan untuk membeli sebuah banglo beralamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town, daripada Phang pada harga RM2.8 juta iaitu di bawah nilai pasaran sebanyak RM4.27 juta..

Pada 21 Mei lepas, Lim dan Phang mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk menggugurkan pertuduhan tersebut. – BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo