NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Silibus, kurikulum UEC kata umat Islam solat enam kali sehari




Oleh Razali bin Zakaria

BANGI, 16 Zulkaedah 1439H, Ahad – Asas kepada sijil peperiksaan bersepadu (UEC) sekolah persendirian Cina adalah sikap tidak puas hati terhadap sistem pendidikan kebangsaan, kata Ketua Eksekutif Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM), Mohd Zai Mustafa.

Beliau berkata, kontrak sosial dipersetujui pada 1955 dan pada 1957 dikeluarkan Penyata Razak iaitu satu garis panduan kepada dasar pendidikan kebangsaan yang pertama.

Menerusi Penyata Razak itu, katanya, semua pihak bersetuju bahawa pendidikan adalah satu langkah ke arah penyatuan kaum dengan mengiktiraf bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan menjadi pengantar utama dalam sistem pendidikan Malaysia.

"Kita semua bersetuju pada waktu itu… tetapi ada satu kelompok tertentu termasuk Dong Zong dan mereka tak bersetuju dan hendak duduk di luar daripada sistem yang telah dipersetujui

"Ada ekstremis yang tidak mahu duduk dalam sistem yang dipersetujui dan mereka bersedia duduk di luar. Jadi asas kepada UEC ini adalah tidak puas hati dan tidak mahu duduk dalam sistem pendidikan negara," katanya pada Wacana Anak Bangsa – UEC (1975-2018) Pejuang atau Petualang Siri 2 anjuran Persatuan belia Islam Malaysia (Pembina) di sini.

Mohd Zai berkata, adalah pelik apabila kumpulan minoriti meminta majoriti mengiktiraf mereka sedangkan pada awalnya mereka sendiri yang tidak puas hati dan mahu berada di luar kerangka pendidikan negara.

Menuntut pengiktirafan terhadap UEC, katanya, adalah berlawanan dengan apa yang dilakukannya iaitu keluar daripada sistem pendidikan kebangsaan.

"Dia tidak puas hati… dan dia ambil sikap keluar daripada sistem… kami akan buat pendidikan sendiri, kurikulum sendiri, peperiksaan sendiri dan kami akan hantar anak kami ke mana yang kami suka, kami tidak mahu duduk dalam sistem yang ada sekarang ini.

"Setelah beberapa tahun daripada 1975 hingga 2018, mereka menuntut supaya sistem mereka, kurikulum mereka, UEC mesti diterima.. ini dah macam lawan tauke… ini keadaan yang terbalik," katanya.

Malah, beliau berkata, pihak yang menuntut supaya UEC diiktiraf mengaku kesilapan mereka berada di landasan berbeza daripada negara, menyebabkan sistem mereka mempunyai kecacatan sendiri apabila tidak dpaat memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan menjawat jawatan dalam kerajaan.

"Itu risiko yang mereka ambil.., sepatutnya mereka berani membawa sistem mereka dan bertanggungjawab dengan kesan akhirnya yang dia akan terima. Kenapa sekarang kena iktiraf… awak pergilah dengan sistem awak dan kami dengan sistem kami.

"Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, SRJKC boleh ikut sistem pendidikan negara, tetapi kenapa 60 sekolah persendirian Cina itu mengambil sikap keluar daripada sistem dan 40 tahun kemudian menuntut semua orang kena iktiraf UEC," katanya.

Mohd Zai turut berpendapat bahawa UEC akan membawa satu kesan kepada negara iaitu sistem pendidikan menjadi huru-hara.

Beliau berkata, Pertubuhan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia melakukan semakan ke atas sistem, kurikulum dan silibus pelajaran di sekolah persendirian Cina dan mendapati ada gambaran yang tidak betul mengenai Malaysia, rakyat dan sosiobudaya.

"Contohnya, gambaran yang diberikan kepada orang Cina mengenai solat. Dia kata orang Islam solat enam kali sehari… kita semak dari mana datangnya enam kali. Rupa-rupanya dia tulis kata solat Jumaat juga dilakukan setiap hari sedangkan solat itu dilakukan hari Jumaat sahaja," katanya.

https://www.ismaweb.net/2018/07/29/silibus-kurikulum-uec-kata-umat-islam-solat-enam-kali-sehari/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo