NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sg Kandis: Bukan laluan kepada Umno


KUALA LUMPUR: PAS bukan memberi laluan kepada Umno apabila mengambil keputusan untuk tidak menyertai PRK Dun Sungai Kandis, demikian tegas Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sebaliknya kata beliau, dakwaan seperti itu adalah tafsiran oleh pihak luar sedangkan PAS tidak meletakkan calon atas pertimbangan-pertimbangan yang pelbagai setelah mendapat pandangan pelbagai pihak di Selangor.

Jelas beliau yang juga Menteri Besar Terengganu, pertimbangan PAS itu adalah berdasarkan kajian dan maklumat terkini, termasuk kedudukan kewangan semasa parti serta pandangan jentera akar umbi.

Beliau menyatakan demikian menjawab pertanyaan media selepas Majlis Makan Malam Dana Maahad Darul Quran (MDQ) sempena Ihtifal Idul Ilmi MDQ di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, Marang, kelmarin.

Dr Samsuri turut mengulas mengenai PRK Dun Balakong yang bakal diadakan berikutan kematian Adunnya di mana PAS akui beliau belum menentukan sebarang keputusan kerana masih baharu.

Pun begitu katanya, perbincangan susulan perkara tersebut akan akan diadakan dengan mendapat pandangan seumpama terutama daripada Jentera Pilihan Raya PAS Selangor sebelum memuktamadkan keputusan. - HARAKAHDAILY 22/7/2018

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo