NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Seruan Ke Himpunan Kebangkitan Ummah


ALOR SETAR – Gerakan Pembela UMMAH Kedah menyeru kepada seluruh umat Islam dan Melayu di negeri Kedah turun beramai – ramai bersolidariti di Perhimpunan Kebangkitan Ummah di Padang Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur pada 28 Julai (Sabtu) jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

Menurut Salamiah Md Nasir, Ketua Penerangan UMMAH Kedah bahawa program tersebut dianjurkan oleh Gerakan Pembela UMMAH Pusat dengan gabungan lebih 300  badan bukan kerajaan (Ngo) Islam Melayu di seluruh negara.

“Ia merupakan himpunan mega julung kali diadakan pasca PRU 14, bagi umat Islam menyatakan pendirian dan sikap leluhur mempertahankan kedaulatan Islam, Institusi Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera dan bahasa Melayu yang dijamin dalam Perlembagaan Malaysia yang mula digugat oleh anasir-anasir tidak bertanggjawab di era kerajaan baru PH, katanya.

Tegasnya lagi, umat Islam Melayu kena sedar sejak kebelakangan ini timbul pelbagai isu  menyentuh tentang kedaulatan Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja Melayu yang sangat membimbangkan dan ia boeh mencetuskan situasi yang tidak tenteram dalam masyarakat.

Himpunan ini telah mendapat sokongan dengan kehadiran daripada tokoh – tokoh pendidikan dan bahasa serta Ngo – Ngo, diantaranya, Prof Dato Dr Awang Sariyan Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia, Prof Wan Ramli daripada ASASI, Prof Shahrir Md Zin Gerakan Mansuh PPSMI dan Kamal Syukri Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia.Tokoh – tokoh politik negara turut dijemput dan bersedia untuk bersama – sama hadir.

Himpunan ini bertujuan untuk menyatakan bantahan rakyat secara serius berkaitan isu- isu Ummah seperti UEC, Bahasa, Pendidikan, Melayu dan Islam yang kian terancam.

Himpunan akan dijalankan secara aman, gembira dan kasih sayang serta menghormati antara satu sama lain.Unsur provokasi, keras dan kasar dilarang sama sekali serta pihak keselamatan akan bertindak tegas kepada mana mana pihak yang cuba membuat provokasi untuk menggangu himpunan ini.

UMMAH Kedah mengucap selamat datang dan berhimpun kepada semua rakyat Malaysia.Kami menanti kedatangan anda semua.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo