NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Serang Gaza, Zionis Israel Mahu Ubah Sejarah Palestin


SERANGAN ke atas Gaza oleh rejim Zionis baru-baru ini ialah sebahagian kempen pembersihan untuk mendorong warga Palestin keluar dari wilayah itu akibat kesukaran dan penderitaan dihadapi.

Ini dinyatakan oleh ketua Jawatankuasa Antarabangsa Menyokong Gaza, Dr Essam Yousef, mengulas serangan udara yang dilakukan oleh tentera Israel sejak beberapa hari lalu.

“Rejim pendudukan sengaja mempamerkan kuasanya terhadap kanak-kanak yang tidak bersalah, dan mereka tidak bersenjata dalam setiap serangan di Gaza,” katanya.

Beliau mengutuk serangan Israel yang menyasarkan kawasan tumpuan kanak-kanak dan awam seperti Katiba Square, sebuah taman yang menjadi kawasan rekreasi keluarga.

“Serangan yang menyasarkan masjid al-Katiba Square dan perpustakaan negara membuktikan kekejaman rejim Israel untuk menghapuskan identiti, budaya dan warisan rakyat Palestin.

“Cubaan rejim itu melemahkan semangat Palestin disifatkan kemunduran seperti zaman Mongol yang melakukan pembunuh beramai-ramai serta kekejaman lain, termasuk membakar Perpustakaan Baghdad pada abad ke-13,” kata aktivis veteran itu.


Yousef menyifatkan rejim berkenaan hanya berani menyasarkan serangan terhadap golongan kanak-kanak, wanita dan warga emas berdasarkan kadar korban kumpulan itu.

“Ini menunjukkan mereka pengecut, dan berminat menggunakan senjata canggih untuk golongan yang tidak bersenjata dan lemah sahaja,” katanya.

Usaha mengubah sejarah dan identiti Palestin meliputi Gaza dan Tebing Barat dilakukan secara agresif oleh pihak Zionis, yang termasuk memerangi orang Palestin, mengubah nama Arab kepada nama bahasa Ibrani, dan membina penempatan haram menempatkan kawasan perumahan baharu di kawasan yang sebelum ini didiami orang Palestin.

Di Baitul Maqdis, Israel memusnahkan kediaman warga Palestin sebagai usaha untuk mendorong mereka keluar dari situ dan membolehkan Israel mengakui kawasan itu milik mereka.

Zionis turut mahu meruntuhkan Masjidil Aqsa secara berperingkat supaya seluruh kawasan itu dapat dibina rumah ibadat Yahudi, sekaligus menutup terus sejarah Islam di sana. – Agensi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo