Selesai! Tiada PRN di Kedah




Oleh Razali bin Zakaria
Pengarang Kanan Ismaweb.net
ALOR SETAR, 19 Syawal 1439H, Rabu – Kemelut politik kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah berikutan isu pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), selesai, pagi ini selepas bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah, Datuk Ahmad Kassim, mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Keputusan itu sekali gus menafikan akan berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN), jika pelantikan Speaker DUN gagal dibuat, hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencadangkan Ahmad, manakala pihak pembangkang mencadangkan Persuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi.

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu, kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri Kedah diterajui UMNO, tumbang di tangan PH, tetapi gabungan empat parti iaitu PPBM, PKR, DAP dan PAN, tidak mendapat majoriti dua pertiga bagi memperkukuhkan cengkaman mereka, sebaliknya kerajaan yang ditubuhkan adalah rapuh.

PH hanya memperoleh 18 kerusi, PAS (15 kerusi) dan UMNO (tiga kerusi). Keadaan ini menjadikan kerusi kerajaan dan pembangkang sama banyak, sekali gus mencetuskan krisis pelantikan Speaker DUN.

Pengundian yang dijalankan pagi ini setelah Setiausaha DUN memaklumkan terdapat dua calon bagi jawatan Speaker bagaimanapun memihak kepada Ahmad, apabila tiga Adun UMNO turut menyokong pelantikan bekas Ahli Parlimen itu.

Ahmad memperoleh 21 undi, sementara Fakhruddin disokong oleh semua 15 Adun PAS.Majlis itu diteruskan dengan angkat sumpah oleh semua Adun Kedah dihadapan Ahmad.

https://www.ismaweb.net/2018/07/04/selesai-tiada-prn-di-kedah/
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget