NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sarawak: Ordinan Minyak 1958 dikuatkuasakan



KUCHING 1 Julai - Semua syarikat yang terlibat dalam industri minyak dan gas di Sarawak wajib mendapatkan lesen untuk berope­rasi selaras dengan langkah kerajaan negeri menguatkuasakan Ordinan Perlombongan Minyak 1958 dan Kanun Tanah 1958 termasuk Ordinan Pengagihan Gas 2016 bermula hari ini.

Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataan memaklumkan, peraturan dibuat di bawah Ordinan Pelesenan itu telah diluluskan oleh kerajaan negeri dan proses pinda­annya akan segera dilaksanakan.

Menurut kenyataan itu, bagi undang-undang negeri yang sudah berkuatkuasa seperti Ordinan Perlombongan Minyak 1958 dan Kanun Tanah 1958, pihak berkuasa negeri berkaitan akan memulakan proses memastikan pematuhan undang-undang termasuk mengumpul maklumat daripada semua pemain industri dilakukan.

"Langkah ini termasuk mendapatkan penglibatan lebih ter­perinci dan komprehensif daripada pemain industri yang berkaitan," kata kenyataan itu di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, kerajaan negeri menyedari proses terbabit mengambil masa tetapi membenarkan para pemain industri untuk menjalankan perniagaan dan operasi mereka seperti biasa selewat-lewatnya sehingga akhir 2019.

Pada masa sama, ujar kenya­taan itu, langkah sewajarnya turut diambil oleh pemain industri bagi memastikan pematuhan undang-undang negeri tersebut.

Terdahulu, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Gawai Dayak Redeems di Singai, Bau dekat sini malam tadi memberitahu, pelaksanaan undang-undang itu diteruskan seperti yang dirancang sebelum ini.

Tegas beliau, pelaksanaan undang-undang itu merupakan satu daripada pengembalian hak Sarawak yang terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Syarikat minyak dan gas milik kerajaan negeri, Petroleum Sarawak Berhad (Petros) telah diamanahkan untuk menguatkuasakan peraturan itu.

Penguatkuasaan undang-un­dang dan peraturan terbabit bermakna Petronas dan semua syarikat yang menjalankan aktiviti berkaitan petroleum dan gas di Sarawak perlu mendapatkan lesen dan permit pada kadar segera atau dikenakan tindakan.

Baru-baru ini, Petronas mencabar Ordinan Perlombongan Minyak 1958 dengan melakukan semakan status eksklusif­nya dalam Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974.

Walau bagaimanapun permohonan syarikat minyak nasional negara itu ditolak oleh Mahkamah Persekutuan de­ngan kos RM50,000 kerana memfailkan prosiding di mahkamah yang salah, sedangkan kes ter­babit sepatutnya didengari di Mahkamah Tinggi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo