RUU 355 mampu selesai masalah kahwin bawah umur, kata SU Syura PAS

Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Mohd Nik Zawawi Salleh berkata mahkamah syariah boleh mengawal selia dalam penyelesaian masalah kahwin bawah umur mengikut cara Islam.Mohd Nik Zawawi Salleh menyifatkan cadangan menaikkan had umur perkahwinan melibatkan kanak-kanak perempuan daripada 16 tahun kepada 18 tahun oleh TPM sebagai pandangan sempit. 

PETALING JAYA: PAS hari ini mencadangkan agar Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) diluluskan agar mahkamah syariah di negara ini mempunyai autoriti bagi membincangkan perkara berkaitan agama termasuk perkahwinan bawah umur.

"Kalau kita bagi kuasa kepada mahkamah syariah, maka mahkamah syariah mampu menyelesaikan masalah kahwin di bawah umur dengan cara-cara Islam yang dikawal selia oleh perundangan mengikut tatacara mahkamah syariah itu.

"Dan masyarakat dapat melihat bahawa benda ini (kahwin bawah umur) ada kebaikan tapi kalau kahwin bawah umur yang tidak dikawal selia oleh undang-undang tertentu, akan berlaku benda-benda yang bercanggah dengan agama, penganiayaan, pengkhianatan, kahwin kemudian bercerai," kata Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Mohd Nik Zawawi Salleh ketika dihubungi FMT.

Beliau juga mencadangkan agar kerajaan membuat satu undang-undang khusus untuk wanita yang berkahwin di bawah umur bagi menjaga kebajikan wanita terbabit.


"Kalau dia (berkahwin) di bawah umur tentunya dia sedang belajar, suaminya boleh bagi nafkah, boleh sara hidup, boleh bagi keperluan belajar tapi kena ada peraturan, kena ada undang-undang.

"(Iaitu) dia tak boleh nak bersetubuh, nak bersama (dan) biar benda itu ditentukan oleh undang-undang seperti undang-undang yang wujud di Yaman, Oman dan Bahrain," katanya.

Sebelum ini dilaporkan seorang lelaki berusia 41 tahun dari Kelantan berkahwin dengan kanak-kanak perempuan warga Thailand yang berusia 11 tahun sebagai isteri ke-3 dan gambar mereka melangsungkan perkahwinan tersebar di media sosial sejak Jumaat lalu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kemudiannya mencadangkan agar kerajaan menaikkan had umur perkahwinan melibatkan kanak-kanak perempuan daripada 16 tahun kepada 18 tahun.

Had umur minimum perkahwinan di bawah undang-undang sivil ialah 18 tahun, sementara Mahkamah Syariah diberi kuasa membenarkan perkahwinan pasangan Islam berumur 16 tahun atau kurang.

Mengulas cadangan itu, Zawawi yang juga ahli parlimen Pasir Puteh menyifatkan cadangan itu merupakan pandangan sempit.

Menurutnya, ini kerana ada perkahwinan yang berlaku di bawah umur dibenarkan di dalam Islam.

"Tapi syarat dia mesti ada pengawasan dan pengawalan perundangan, bukan dia lepas begitu sahaja.

"Sebab apa perkahwinan ada hikmahnya, mungkin ada keluarga yang susah, anak dia nak belajar mungkin bila berlaku perkahwinan jaminan belajar dia terjamin, banyak benda-benda positif sebenarnya. Sebab itu Islam membuka ruang," jelasnya.

Zawawi turut menyarankan agar Wan Azizah melihat cadangan yang dikemukakannya itu terlebih dahulu dan bertanyakan kepada penasihat agama agar satu penyelesaian terbaik dapat dilakukan.

"Kenyataan dia itu bukan kenyataan penyelesaian, sebab orang nak kahwin ini mana boleh orang nak sekat.

"Sebab itu Islam dia dengar tapi mesti kena ada peraturan dia, syarat dia," katanya.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget