NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Real Madrid Cuba Pancing Lloris


MADRID – Real Madrid cuba memancing khidmat penjaga gol Tottenham Hotspur, Hugo Lloris dengan nilai 60 juta pound (RM320 juta).

Gergasi Sepanyol itu mahukan penjaga gol yang memenangi Piala Dunia bersama Perancis itu sebagai pengganti buat penjaga gol Costa Rica, Keylor Navas.

Penjaga gol itu masih memiliki kontrak empat tahun bersama Tottenham dan Real mengakui mereka perlu memberikan tawaran lebih lumayan bagi memastikan perpindahan dapat dijalankan.

Sumber terdekat dengan Lloris menyatakan dia bersedia untuk berhijrah ke Sepanyol namun dia tidak akan memaksa sebarang perpindahan keluar dari kelab London Utara itu.

Bagaimanapun, pengerusi Tottenham, Daniel Levy adalah seorang yang sukar untuk dibawa berunding.

Meskipun dia bersetuju untuk melepaskan penjaga gawang itu, Levy sudah tentu mahukan nilainya setara dengan rekod perpindahan 67 juta pound (RM358 juta) yang dibayar Liverpool bagi mendapatkan penjaga gol Roma, Alisson Becker, minggu lalu.

Real Madrid sudah lama berminat dengan penjaga gol Sepanyol, David de Gea namun dia baru sahaja menandatangani kontrak baharu selama lima tahun, bulan lalu.

Mereka juga turut berminat untuk mendapatkan penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois yang bernilai 50 juta pound (RM267 juta) sekiranya Tottenham enggan melepaskan Lloris. – Agensi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo