Rais speaker dewan rakyat?


Bekas penasihat sosiobudaya kerajaan, Tan Sri Rais Yatim sedia menggalas tanggungjawab sebagai speaker Dewan Rakyat sekiranya diberikan peluang.

Bagi Rais, sidang Dewan Rakyat, selepas Malaysia Baru kali ini lebih mencabar memandangkan anggota parlimen kini lebih 'lantang dan tajam'.

"Setakat ini saya terbuka terima apa-apa kemungkinan. Malah kalau itu jadi, ia merupakan khidmat negara, kerana jadi speaker saat sekarang bukan sesuatu yang mudah.

"Lantaran orangnya (ahli parlimen) lantang-lantang belaka dan mereka mempunyai ilmu tinggi-tinggi belaka dan bahasanya tajam-tajam belaka," katanya 

Bagaimanapun Rais berkata sehingga kini beliau belum menerima sebarang surat daripada pihak kerajaan berhubung perkara itu.

Rais berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi bahawa dirinya akan dilantik menjadi speaker manakala timbalannya pula akan dipegang oleh Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh Tseow Suan.

Hannah bagaimanapun, baru-baru ini telah dinamakan sebagai timbalan menteri, wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat

Sidang Dewan Rakyat ke-14 bagi mesyuarat pertama, penggal pertama, dijadual bermula pada Isnin 16 Julai 2018.

Rais yang cukup dikenali sebagai pencinta bahasa Melayu berharap anggota parlimen kali ini menjaga pertuturan ketika bersidang kerana kelakuan mereka akan dinilai oleh rakyat.

"Bagaimanapun jadi harapan kita dewan rakyat ke14 perlu mewujudkan budi bahasa yang tinggi, budaya yang tinggi jika tidak kita tak akan dinilai oleh masyarakat.

"Jika kita terus berkecamuk guna bahasa kasar, kita akan diberi markah rendah sekali. cabarannya tinggi dan harap apa disusun oleh majlis menjadi realiti," katanya.

Untuk rekod, Rais pernah dilantik berkhidmat sebagai menteri di bawah kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum memilih untuk bersama kumpulan engku Razaleigh Hamzah yang mahu merebut jawatan presiden Umno.


Susulan kekalahan itu, Razaleigh berindak keluar pari dan menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 dan Rais dilantik menjadi timbalan presiden. Selepas parti itu gagal memberi kesan yang besar kepada politik nasional, Rais melanjutkan pengajiannya ke di King's Collage di London dan mendapat PhD pada 1995.

Apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri, Rais sekali lagi dilantik menjadi menteri.

Jawatan terakhir Rais sebelum ini ialah penasihat sosiobudaya kepada kerajaan sebelum beliau lantang mengkritik dasar Datuk Seri Najib Razak.

Beliau pernah menjadi menteri besar Negeri Sembilan dari 1978-1982 dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) awal bulan lalu.


Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget