NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pulau Pinang terus kekal di bawah PH


Oleh: Shuhaimi Almaniri

Pulau Pinang yang berada di bawah pemerintahan DAP (dengan kerjasama PKR dan PAS) sejak dua penggal lepas, bermula pada PRU ke12, 2008. Pada pilihan raya umum ke-13, BN melalui UMNO menang 10 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga daripada 13 kerusi parlimen di negeri itu.

Sekarang Pulau Pinang dilihat sebagai kubu kuat Pakatan Harapan setelah terburainya Pakatan Rakyat bila PAS disingkirkan dari gabungan tersebut bagi menghadapi PRUm ke-14 dengan memasukkan dua anggota baharu, Parti Amanah Negara (serpihan daripada PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (serpihan daripada Umno). 

Dalam PRU ke-14 baru-baru ini, Pakatan Harapan mengekalkan pembahagian kerusi-kerusi negeri yang bakal mereka tandingi dengan DAP kekal di 19 kerusi (Sungai Puyu; Bagan Jermal; Bagan Dalam; Berapit; Padang Lalang; Perai; Jawi; Tanjong Bungah; Air Putih; Pulau Tikus; Padang Kota; Pengkalan Kota; Komtar; Datuk Keramat; Sungai Pinang; Batu Lancang; Seri Delima; Air Itam; dan Paya Terubong.

PKR pula di 14 kerusi iaitu Pinang Tunggal; Telok Air Tawar; Seberang Jaya; Penanti; Machang Bubuk; Bukit Tengah; Bukit Tambun; Sungai Bakap; Sungai Acheh; Kebuh Bunga; Batu Uban; Pantai Jerejak; Batu Maung; dan Pulau Betong; manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di empat kerusi iaitu Penaga; Bertam; Teluk Bahang; dan Permatang Berangan; dan Amanah di tiga kerusi iaitu Sungai Dua; Permatang Pasir dan Bayan Lepas.

Umno dan BN kekal pembangkang

Bagi kerusi DUN pula, BN berjaya mempertahankan 2 kerusi daripada 10 kerusi DUN yang dimenangi pada PRU ke-13 yang lepas. Dua kerusi DUN yang dimenangi oleh calon Umno iaitu, Permatang Berangan, Nor Hafizah Othman dan Sungai Dua, Datuk Muhammad Yusoff.

Manakala dua kerusi parlimen yang berjaya dipertahankan Umno adalah Kepala Batas dan Tasek Gelugur. Reezal Merican berjaya mempertahankan kerusi Kepala Batas dengan majoriti 4736 undi. Satu lagi kerusi Parlimen yang dimenangi BN adalah Tasek Gelugor apabila calonnya Datuk Shabudin Yahaya menang dengan majoriti 81 undi.

Untuk rekod, tiada perubahan dari segi pengagihan kerusi-kerusi negeri dan Parlimen antara parti-parti komponen BN di negeri tersebut, iaitu UMNO bertanding di 15 kerusi DUN, Gerakan 13 kerusi; MCA 10 kerusi; dan dua MIC; manakala bagi kerusi parlimen UMNO bertanding di lima kerusi; Gerakan dan MCA masing-masing empat kerusi.

Gerakan yang pernah menerajui Pulau Pinang sejak 1969 sehingga PRU 2008 telah mengambil keputusan drastik meninggalkan Barisan Nasional selepas PRU ke-14. 

Berdasarkan keadaan semasa, jika tiada perubahan drastik dikalangan pembangkang yang baru, PH akan terus selesa menguasai politik Pulau Pinang untuk beberapa pilihanraya kan dating.

Keputusan PRU-14 kepada DAP dan PKR amat memberangsangkan dimana mereka menang di 19 dan 14 kerusi Dun yang ditandingi. Manakala PAN dan PPBM masing-masing menang 2 kerusi Dun. PAN sebagai pendatang baru dengan mudah mennag dua daripada 3 kerusi yang ditandingi. Begitu juga PPBM menang 2 daripada 3 kerusi yang ditandingi kerana calon PPBM bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga, Yaakob Osman ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas dia didakwa muflis. 

Kerusi Dun Penaga dimenangi oleh calon PAS, Mohd Yusni Mat Piah.menewaskan penyanding dari BN Datuk Mohd Zain Ahmad dalam pertarungan satu lawan satu dengan majority 1132 sebagai batu tanda keberadaan PAS dalam politik Pulau Pinang.

Kemenangan PAS di sini dapat mengubati kegagalan PAS mempertahan kan Dun Pengakalan Pasir yang dimenangi sejak tahun 1999 lagi. Calon Parti Amanah Negara (PAN) yang menggunakan logo PKR Muhammad Faiz Fadzil, anak bekas Presiden PAS Ustaz Fadzil Mohd Nor berjaya menewaskan Ustaz Mohd Fauzi Yusof dengan majoriti 2,981 undi dalam satu pertandingan 3 penjuru bersama calon BN, Anuar Faizal Yahaya. 

Kerusi DUN Permatang Pasir ini pernah disandang oleh Ustaz Salleh Man, Pesuruhjaya PAS (ketika itu) yang menang dalam satu pilihanraya kecil pada tahun 2009 menggantikan Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, ADUN PAS yang mewakili DUN berkenaan sejak tahun 1999 lagi. 





No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo