NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Sungai Kandis : PKR Sudah Ada Calon – Amirudin


PKR sudah mempunyai calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis nanti.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, ini kerana kerusi itu secara tradisi milik PKR serta yakin semua pemimpin Pakatan Harapan (PH) menghormati perkara itu.

“Di dalam kepala saya ada nama calon dan akan sampai cadangan ini kepada pimpinan pusat terlebih dahulu. Sebagai Menteri Besar saya turut mempunyai keistimewaan mencadangkan nama yang sesuai.

“Bagaimanapun keputusan bergantung kepada pimpinan PH kerana segala keputusan akhir akan dimuktamadkan pemimpin pusat,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selelas hadir pada Majlis Menandatangai Memorandum Persefahaman Yayasan Raja Muda Selangor di Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC), Seksyen 13, di Shah Alam pada Khamis.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong selepas penyandangnya Mat Shuhaimi Shafie meninggal dunia akibat kanser limfoma, pada usia 50 tahun.

Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lepas, Allahyarham menewaskan tiga calon lain di DUN berkenaan dengan majoriti 12,480. - Wartawan Watan Online

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo