NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Sungai Kandis : PAS Tak Bantu Umno - TITM


Jentera PAS berpendirian tidak membantu UMNO dalam gerak kerja kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis sebaliknya ahli hanya akan bekerja untuk parti.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu kekal sebagai blok pembangkang yang tidak terikat dengan mana-mana pihak dan membuat keputusan berdasarkan keputusan parti.

"Tak timbul soal kerjasama (dengan UMNO) dan kita sudah pun keluar kenyataan jentera PAS tak turun bantu (UMNO) dalam PRK Sungai Kandis.

"Aktivti parti di Sungai Kandis berjalan seperti biasa dalam konteks parti kita dan jentera kita hanya buat kerja untuk parti kita," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Sabtu lalu yang menyifatkan PAS dan UMNO adalah 'adik-beradik' selepas PAS tidak meletakkan calon untuk bertanding pada PRK DUN Sungai Kandis, 4 Ogos ini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, sebarang keputusan parti yang dibuat di dalam PRK Sungai Kandis adalah berdasarkan laporan yang diterima daripada PAS kawasan.

"Keduanya, kita ikut maklumat daripada Badan Perhubungan PAS Selangor dan ketiga berdasarkan keadaan demografi pengundi yang ada di Sungai Kandis.

"Jadi keputusan kita adalah keputusan yang tidak dipengaruhi mana-mana pihak dan PAS bebas untuk turun di mana-mana PRK, " tegasnya. - Wartawan Watan-Online

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo