NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Sungai Kandis: Kempen calon masih suam


SHAH ALAM: Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis yang masuk hari keempat masih 'suam'.
Pemerhatian ini dibuat berdasarkan kepada gerak kerja kempen kedua-dua calon, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dari PKR dan calon BN, Datuk Lokman Noor Adam, yang masih belum mengetengahkan isu besar.

Malah, boleh dikatakan sehingga malam tadi, PKR lebih menumpukan kepada isu tempatan seperti banjir, tapak pembuangan sampah haram dan pembangunan setempat.

Sementara itu, kempen pasukan BN pula lebih bertumpu kepada isu nasional seperti dakwaan penutupan pusat tahfiz, penjelasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kritikan terhadap manifesto Pakatan Harapan.
Program kempen paling besar sehingga ini hanyalah membabitkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di Dialog Bersama Pemimpin dan Belia, malam tadi.

Di pihak BN pula membabitkan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan, Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agong UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang hadir pada Majlis Pengenalan Calon dan Penyerahan Anak Angkat Bahagian-bahagian Negeri Selangor, juga malam tadi.
Kempen kedua-dua calon lebih bertumpu kepada ceramah kelompok kecil dan program berjumpa pengundi secara bersemuka di pasar awam, surau dan lawatan ke rumah penduduk yang sakit.

PRK Sungai Kandis diadakan selepas kematian wakil rakyatnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, pada 2 Julai lalu akibat kanser limfoma.

Pertembungan tiga penjuru menanti pada PRK Sungai Kandis antara calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Lokman yang mewakili BN manakala K Murthy bertanding sebagai calon Bebas.

Pada PRU-14, kerusi Sungai Kandis menyaksikan pertembungan empat penjuru apabila Mat Shuhaimi mempertahankan kerusinya dengan mengalahkan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari, Mohd Yusof Abdullah mewakili PAS manakala Parti Rakyat Malaysia (PRM) diwakili Hanafiah Husin. Mat Shuhaimi memenangi 23,998 undi, dengan majoriti undi sebanyak 12,480, mengalahkan Kamaruzzaman (11,518 undi, Mohd Yusof (7,573 undi) dan Hanafiah yang memperolehi 76 undi. 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo