NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Sungai Kandis : BN pilih Lokman cabar calon PKR

 
BN memilih anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam sebagai pertaruhan mereka untuk cuba merampas kerusi Sungai Kandis dalam pilihan raya kecil 4 Ogos ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan di Pejabat Umno Kota Raja, sebentar tadi.

Pilihan raya kecil kali ini dijangka menyaksikan pertembungan satu lawan satu, iaitu antara BN dan HARAPAN.

Malam tadi Presiden PKR menamakan Mohd Zawawi Ahmad Mughni, 48, yang juga pengasas dan pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh sebagai calon mereka.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari penamaan calon, manakala hari pengundian dijalankan pada 4 Ogos.

Kerusi itu kosong selepas kematian bekas ADUN Sungai Kandis Shuhaimi Shafiei awal bulan lalu akibat kanser limfoma.

Sementara itu Mohamad berkata ada banyak nama disenaraikan dan Umno membuat penelitian sebelum ia disenarai pendek.

Katanya Umno membuat pertimbangan pelbagai aspek, termasuk pandangan daripada Umno Kota Raja.

"Setelah dipertimbangkan dengan teliti, kami bersetuju - dan turut dipersetujui Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - saya mengumumkan Datuk Lokman Adam sebagai calon BN," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo