NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Sg Kandis: Veteran UMNO tolak cadangan PAS Selangor



Oleh Norrasyidah Arshad
norrasyidah@nstp.com.my

KLANG: UMNO Selangor harus meletak calon sendiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, sekali gus menolak cadangan PAS untuk hanya menurunkan calon parti itu.

EXCO Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Selangor, Datuk Amzah Umar, berkata berdasarkan sejarah, PAS tidak pernah meletakkan calon sendiri untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu melainkan pada era 1970-an.

Sebelum ini, DUN Sungai Kandis dikenali sebagai Sri Muda sehingga proses persempadanan semula kawasan pilihan raya awal tahun ini.

"Kita harap PAS faham. Mereka dulu letakkan calon di kerusi Parlimen saja.

"Dari dulu lagi ini kawasan UMNO akan letak calon dan mereka perlu memahami perkara itu pada PRK kali ini," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Kelmarin, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, berkata PAS tidak akan mencari peluang bekerjasama dengan UMNO bagi menghadapi PRK Sungai Kandis, 4 Ogos ini.

Beliau dilaporkan berkata, sebaliknya PAS mahukan kesefahaman bersama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta parti politik pembangkang lain dalam usaha parti itu meletakkan calonnya di kerusi berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Abdul Raof Mokhtar, berkata PAS perlu konsisten selain menyedari jumlah undian diterima calonnya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Berdasarkan keputusan PRU-14, katanya, UMNO mendahului PAS dengan kelebihan kira-kira 4,000 undi.

"Jumlah itu agak besar. Mungkin UMNO akan mengambil langkah sama (tarik diri) sekiranya berlaku PRK di kawasan PAS," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo