NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Sg Kandis: Sejak bila Zawawi jadi jurucakap ahli PAS?

SHAH ALAM – Ahli Pas membidas kenyataan calon PKR, Mohd.  Zawawi Ahmad Mughni bahawa 7,000 ahli parti itu akan mengundinya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 4 Ogos ini.

Dr. Rani Osman yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor menafikan wujud sokongan terhadap wakil Pakatan Harapan itu. 

"Itu kata dia, dia bukan presiden PAS pun. Itu tidak betul," katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Rani yang juga bekas Ahli Dewan Undangan (DUN) Meru itu menempelak Zawawi yang hanya mengeluarkan kenyataan atas kepentingan politik.

"Dia nak political mileage sahaja. Sejak bila dia jadi jurucakap 7,000 ahli Pas itu?," tambahnya lagi. 
Zawawi ketika sidang media di Bilik Gerakan Utama parti itu di Bukit Kemuning hari ini berkata, cara pemikiran Islam yang dimilikinya merupakan salah satu faktor pengundi Pas di kawasan DUN Sungai Kandis memilih dia.-MalaysiaGazette

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo