NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Polis mesti siasat P. Ramasamy, nafi sahaja tak cukup’





BANGI, 4 Zulkaedah 1439H, Selasa – PAS menggesa polis menyiasat segera Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy yang didakwa terbabit dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Sri Lanka.
Ketua Penerangannya, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, seluruh rakyat sama sekali tidak dapat berkromponi apabila ianya dikaitkan dengan kumpulan pengganas.
Ia turut disusuli dengan gambar P. Ramasamy bersama pengasas dan Setiausaha Agung parti politik, Marumalarchi Dravida Munnetra Kazhagam (MDMK), Vaiko atau V Gopalasamy yang dimuatnaik di media sosial pada 14 Julai lalu.
Selain itu, gambar P. Ramasamy bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M Satees yang memberikan penghormatan kepada gambar Kalashnikov (rifle AK-47) juga menimbulkan pelbagai persepsi.
"PAS tidak menuduh sebaliknya mahukan satu siasatan polis dijalankan. Bukan hanya PAS, tapi 700 pertubuhan bukan kerajaan juga mendesak hal yang sama dan mereka telah membuat laporan kepada pihak polis di Pejabat Polis Dang Wangi semalam.
"Ini membuktikan ia satu dakwaan yang serius dan rakyat tidak ada kompromi dengan mana-mana pihak yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas," katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun semalam, P Ramasamy menafikan beliau terbabit dengan LTTE, dan mendakwa ada beberapa pihak cuba mencemarkan nama baiknya.
Katanya, gambar berkenaan adalah cerita lama iaitu sekitar tahun 2005 hingga 2006 ketika menjadi konsultan pendamai.
LTTE diklasifikasikan sebagai organisasi pengganas oleh lebih 30 negara termasuk Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.
Ustaz Nasrudin berkata, apapun penafian yang dibuat, polis tetap mesti menyiasat P. Ramasamy.
"Isu ini sangat berat kerana beliau merupakan Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang, memegang portfolio penting di sebuah negeri (penjawat awam) dan juga ahli kepada parti politik DAP. Jadi PAS serahkan isu ini kepada pihak polis untuk melakukan satu siasatan yang menyeluruh," katanya.



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo