NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perancis Benam Croatia, Julang Trofi Piala Dunia Kali Kedua



PERANCIS menjulang trofi Piala Dunia buat kali kedua selepas menewaskan Croatia 4-2 dalam pertembungan final penuh dramatik di Moscow, awal pagi Isnin.

Anak buah Didier Deschamps itu mendahului 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan sendiri Mario Mandzukic sebelum Ivan Perisic menyamakan kedudukan buat Croatia.

Antoine Griezmann kembali mmeletakkan Perancis di depan apabila menyudahkan separan penalti yang diberikan selepas pengadil melihat semula insiden dalam kotak penalti menerusi video bantuan pengadil (VAR).

Paul Pogba kemudian menjaringkan gol ketiga buat Perancis pada minit ke-59 sebelum Kylian Mbappe melengkapkan gol keempat pada minit ke-65.

Mandzukic kembali merancakkan permainan ketika perlawanan berbaki 20 minit apabila meledak gol kedua Croatia hasil kesilapan penjaga gol Hugo Lloris.

Bagaimanapun nasib terus berpihak kepada Perancis yang berjaya mengekang asakan bertali arus Croatia hingga wisel penamat dibunyikan.

Kemenangan itu membolehkan Perancis menjulang trofi kedua mereka pada temasya empat tahun sekali tersebut selepas kali terakhir memenanginya di gelanggang sendiri, 20 tahun lalu. – mStar Online

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo