Perak: Zambry persoal jumlah sebenar calon Speaker DUN


IPOH 3 Julai – Pembangkang men­yifatkan tindakan Setiausaha Dewan Undangan Nege­ri (DUN) tidak menyatakan jum­lah sebenar calon untuk ja­watan Speaker dalam persidangan DUN hari ini sebagai perkara yang serius.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir (BN- Pangkor) berkata, ia bukan perkara kecil apabila kea­daan sebenar tidak dinyatakan di dalam dewan.


Menurutnya, tindakan Se­tia­usaha DUN, Kamarulariffin Ayub yang mengumumkan hanya tiga calon untuk jawatan Speaker tidak benar kerana pihaknya mendapati ada empat calon untuk jawatan tersebut iaitu dua daripada pihak keraja­an dan dua lagi masing-masing daripada Barisan Nasional (BN) dan Pas.


"Saya ti­dak tahu ke­na­pa mereka tidak mengumumkan jumlah calon sebenar. Mungkin mereka mahu men­yembunyikan masalah da­laman yang agak serius.


"Adalah memalukan pihak kerajaan jika mengumumkan ada dua calon, namun mereka patut jelaskan di dalam dewan kerana nama calon telah dikemukakan secara rasmi walaupun calon berkenaan telah me­narik diri," katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Pertama Penggal Pertama DUN Ke-14 di Bangunan Setiausaha Kerajaan Nege­ri (SUK) di sini hari ini.


Menurut Zambry, sepatut­nya pelantikan Speaker merupakan proses yang mudah ke­rana Pakatan Harapan mempunyai jumlah kerusi mencukupi.


Katanya, Setiausaha DUN pula dilihat ditekan untuk memaklumkan jumlah calon Speaker yang sebenar.


"Setelah didesak berkali-kali akhirnya Setiausaha dewan mengakui terdapat empat calon sebenarnya .
"Ini merupakan satu amalan yang tidak baik ketika ke­rajaan menguar-uarkan untuk mewujudkan Malaysia Ba­ha­­ru yang lebih demokratik dan te­lus, namun ia dimulakan dalam sidang DUN dalam keadaan begini," katanya.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget