NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perak: Siti Aishah Srikandi dilantik penasihat khas MB

Ketua Penerangan Keadilan Perak Senator Siti Aishah Shaik Ismail akan dilantik menjadi penasihat khas kepada menteri Besar dengan taraf exco.

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkata pelantikan itu akan berkuat kuasa pada waktu terdekat dan Siti Aishah sudah dimaklumkan mengenainya.

"Pelantikan Siti Aishah bukan atas gesaan sesiapa dan memang dari mula lagi kerajaan memang berhasrat meletakkan beliau di satu tempat yang berpengaruh.

"Saya sendiri telah bercakap dengan beliau (Siti Aishah) secara peribadi dan beliau bersetuju menerima lantikan ini.

"Beliau sebagai penasihat khas akan berperanan untuk membantu mendekati golongan belia dan muda di negeri Perak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Aidilfitri PPBM Sungai Siput di Sungai Siput, Perak hari ini.

Sebelum ini, Siti Aishah dilaporkan dinamakan PKR sebagai calon speaker Dewan Undangan Negeri Perak sebelum menarik diri.

DAP pula mencalonkan Anggota Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham. Ngeh akhirnya dilantik melalui undian anggota DUN.

Ahmad Faizal yang juga Pengerusi PPBM Perak berkata, pelantikan Siti Aishah bukan cubaan memujuk pemimpin muda terbabit, sebaliknya Pakatan Harapan berasakan beliau lebih layak dengan jawatan yang besar.

"Daripada kesepakatan HARAPAN kita memutuskan beliau sebagai pemimpin muda banyak lagi masa untuk terus bergiat aktif.

"Kita percaya masa depan beliau amat cerah dan kepimpinan lebih terserlah dengan jawatan lebih penting," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo