Penjelasan Segera Kerajaan Diperlukan Terhadap Status Biasiswa Mybrain15


[1] Berdasarkan kepada perancangan kerajaan yang lepas, sebanyak RM90 juta diperuntukkan kepada 10, 600 pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah untuk MYBRAIN15 pada tahun ini. Pada masa ini, terdapat sejumlah pelajar yang telah memohon dan melalui proses temuduga pada awal tahun ini masih menanti keputusan yang dijanjikan akan diumumkan beberapa bulan sebelum semester baru bermula.

[2] Jika diumumkan di saat akhir, ini hanya akan menyusahkan pelajar yang menanti dengan harapan untuk mendaftarkan pengajian di university sekitar bulan Ogos dan September yang akan datang. Kebanyakan daripada pelajar-pelajar ini terpaksa menggunakan wang sendiri dan mencari alternatif lain untuk membayar yuran pengajian untuk membiayai pengajian akibat kebanyakan pinjaman dan biasiswa tidak lagi ditawarkan terutamanya kepada pelajar Sains Sosial.

[3] YB Dr. Maszlee Malik ketika diajukan tentang status MYBRAIN15 dalam program Bicara Khas Bersama Menteri anjuran RTM memaklumkan bahawa kerajaan terpaksa tangguhkan bantuan sehingga keadaan ekonomi pulih. Namun begitu, masih belum ada kenyataan rasmi daripada Kementerian untuk memaklumkan pemohon yang telah ditemuduga berkenaan keputusan ini.

[3] Bantuan kerajaan kepada para pelajar yang melanjutkan pelajaran ini tidak sepatutnya dilihat sebagai suatu pembaziran bahkan patut menjadi keutamaan kerajaan. Di dalam Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030 turut meletakkan prinsip ‘Insan Berkualiti Aset Terpenting Negeri’. Mencontohi tindakan kerajaan Terengganu ini, meningkatkan bilangan rakyat berkelulusan tinggi adalah penting dalam membekalkan modal insan yang kompeten dan mencukupi kepada negara pada masa hadapan.

[4] Oleh itu, sekalipun negara benar-benar menanggung banyak hutang, ianya bukan alasan untuk kerajaan tidak mahu melaksanakan manifesto mereka untuk menambah peluang biasiswa dan pinjaman pelajaran terutamanya untuk membantu anak anak-anak muda dari keluarga B40 dan M40. Tambahan pula, syarat-syarat permohonan bagi MYBRAIN15 yang lebih rumit berbanding sebelum ini sebenarnya telah pun membantu kerajaan Pakatan Harapan untuk mengecilkan bantuan kepada penerima yang benar-benar memerlukan.

[5] Sementara Kerajaan Pakatan Harapan mencari alternatif dan mekanisma yang lebih sesuai untuk meningkatkan jumlah biasiswa pendidikan, MYBRAIN15 tidak boleh diberhentikan dengan begitu sahaja tanpa penjelasan kepada rakyat yang menanti. Justeru, kerajaan dituntut untuk memberi penjelasan segera kepada rakyat yang bergelut dengan kos sara hidup yang tidak berubah pasca pertukaran kerajaan berkenaan dengan status bantuan supaya mereka boleh fokus mendapatkan ilmu dan mencapai impian.

“Sejahtera Bersama Islam”

YB TUAN CHE ALIAS BIN HAMID
PARLIMEN KEMAMAN (P040)
26 JULAI 2018
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget