Pendidik bantah UEC demi kepentingan nasional



 1 . Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) ingin melahirkan rasa kesal dan dukacita serta membantah kenyataan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari baru-baru ini, bahawa kerajaan negeri Melaka akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai kelayakan memasuki perkhidmatan awam negeri.

2. UEC(Sijil Peperiksaan Bersepadu) adalah satu sukatan pelajaran sekolah persendirian Cina yang mana sukatan pelajarannya diambil dari negara Taiwan. Polemik UEC telah menjadi salah satu isu hangat akibat desakan daripada Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) agar ianya diiktiraf dalam sistem pendidikan negara kita.

3.  Pendidik membantah berdasarkan justifikasi bahawa UEC bukan sahaja membolehkan pihak tertentu bebas mempunyai kuasa untuk menentukan kurikulum sendiri dengan  menggunakan perantaraan bahasa Cina, malah boleh mengadakan peperiksaan sendiri yang dikendalikan guru-guru mereka tanpa merujuk kepada Kementerian Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

4. Desakan ini juga dibuat kerana UEC ternyata bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Apa guna ia diiktiraf oleh negara terkemuka dunia sekiranya ia bercanggah dengan pembinaan dalam negara bangsa.

5. Pendidik juga melihat bahawa UEC tidak mematuhi kehendak Kementerian Pendidikan seperti silibus mata pelajaran asas bernegara terutama Sejarah dan Bahasa Melayu. Sebelum ini, KPM hanya mensyaratkan agar UEC memenuhi keperluan Dasar Pendidikan Kebangsaan, seperti yang ditakrifkan dalam Akta Pendidikan 1996.

 7. Selain itu, standard komponen Bahasa Malaysia  UEC dilihat tidak setaraf dengan   Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan kandungan kurikulum bagi mata pelajaran Sejarah dalam UEC untuk bab kenegaraan atau sejarah negara ini , dilihat juga amat terhad. Syarat yang ditetapkan oleh KPM adalah amat mudah namun gagal dipenuhi oleh mereka.

 6.Justeru ,Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah era pimpinan  Pakatan Harapan  digesa agar mengambil perhatian serius terhadap isu sensitif  ini sebelum 'nasi menjadi bubur'.Jangan terlalu melayan desakan golongan tertentu hanya semata -mata ingin 'mengambil hati ' sesuatu pihak dengan meminggirkan kedaulatan negara Malaysia yang tercinta. Bertindak sebelum terlambat!.

NORMALA SUDIRMAN 
1.Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Negeri Johor.
2.Presiden Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan.
3 Julai 2018 bersamaan 19 Syawal 1439H.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget