NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemilihan PKR : Usaha Angkat Azmin Jadi TPM?



Pemilihan PKR Ogos depan menjadi medan terpenting dalam usaha mengangkat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi menggantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Usaha itu sedang 'diatur' pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mahukan Azmin merebut jawatan itu pada pemilihan kali ini.

Menurut sumber dalaman parti, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kurang senang dan tidak bersedia untuk menyerahkan tampuk kepemimpinan negara kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya kira umum memahami dan nampak permainan politik Tun (Mahathir) berdasarkan kenyataannya yang dilihat agak tidak bersedia untul menyerahkan tampuk kuasa kepada Anwar.

"Azmin adalah salah seorang 'anak emas' Tun Mahathir dan beliau adalah bakal Perdana Menteri bagi menggantikan Tun Mahathir. Sebab itulah Azmin diberi portfolio yang cukup penting dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

"Langkah pertama adalah angkat Azmin sebagai Timbalan Perdana Menteri. Azmin sudah sedia untuk 'melanggar' Wan Azizah dalam pemilihan nanti kerana pemimpin kanan PPBM itu sedang membantunya.

"Anwar sudah membaca permainan politik Azmin dan Tun Mahathir, sebab itulah beliau umum untuk bertanding jawatan utama itu.

"Azmin kini dalam dilema, namun mengenali Azmin beliau akan lawan sekiranya itu adalah peluang terbaik," katanya kepada Watan-Online.

Sebelum ini, Anwar menyatakan kesediaannya untuk bertanding jawatan itu pada pemilihan PKR Ogos nanti setelah berbincang dengan Wan Azizah yang akan membuka laluan kepada suaminya itu.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin pula menyatakan sokongan kepada Azmin untuk bertanding jawatan itu sekali gus berdepan cabaran 'bosnya'. - Wartawan Watan-Online

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo