NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemilihan PKR: Adun Lembah Jaya umum tanding ketua wanita


Timbalan Ketua Wanita PKR Haniza Talha akan menggantikan tempat Zuraida Kamaruddin
PETALING JAYA: Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bertanding dalam pemilihan parti bulan depan, Timbalan Ketua Wanita PKR Haniza Talha turut mengumumkan keputusan sama.

Haniza berkata, beliau mengesahkan untuk bertanding jawatan ketua Wanita PKR pada pemilihan kali ini menggantikan tempat Zuraida Kamaruddin.

"Ya, saya akan bertanding untuk ketua Wanita PKR," kata Adun Lembah Jaya itu kepada FMT.

Sebelum ini, Zuraida yang juga ketua Wanita PKR mengesahkan tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan kali ini.

Pada Mei 2017, keputusan itu dibuatnya bagi memberi laluan kepada Haniza, calon lebih muda untuk memimpin gerakan Wanita dalam parti berkenaan.

Zuraida bagaimanapun sehingga kini belum mengesahkan kedudukannya sama ada untuk bertanding ke jawatan lebih tinggi, iaitu naib presiden.

"Saya belum fikir lagi. InsyaAllah saya akan lihat keadaan. Saya dah lepaskan untuk bertanding ketua Wanita.

"Saya lihat bagaimana percaturan di atas. Yang mana saya rasa ada kelompongan jawatan, InsyaAllah saya akan masuk," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo