Pemberian 200,000 kewarganegaraan gugat kedaulatan negara - UMMAH



BANGI, 20 Syawal 1439H, Rabu – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mahukan kerajaan mempertimbang semula keputusan meluluskan 200,000 kerakyatan pemohon di negara ini.
Ketua Sekretariatnya, Aminuddin Yahya berkata, UMMAH bimbang perkara tersebut akan menyebabkan manipulasi serta salah guna oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan sehingga boleh menggugat kedaulatan megara.

"UMMAH juga bimbang implikasi yang bakal terjadi seandainya permohonan ini tidak diperhalusi dengan baik seperti hak-hak yang bakal mereka terima contohnya hak keistimewaan Bumiputera dan hak memilih pemimpin," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa 200,000 orang dijangka akan mendapat sijil kewarganegaraan membabitkan pelbagai kategori dan kes berbeza.


Menyeri Dalam Negeri itu berkata, mereka yang memperoleh sijil kewarganegaraan itu dikaji bersandarkan kepada Perlembagaan dan kemanusiaan.

Aminuddin berkata, sekiranya kerajaan bertegas dengan keputusan itu, kerajaan digesa mengemukakan beberapa syarat kepada mereka yang memohon kerakyatan tersebut.

Katanya, jika mereka benar-benar layak diberikan kerakyatan, saringan serta kriteria yang ketat haruslah dikenakan supaya Malaysia supaya pemohon tidak peduli akan identiti negara Malaysia iaitu Islam, Melayu dan Institusi Raja-Raja Melayu.

"Justeru, UMMAH mencadangkan beberapa kriteria-kriteria yang wajib pemohon penuhi sebelum kerajaan meluluskan 200,000 permohonan itu.

"Pertama, kerajaan perlulah memastikan pemohon fasih berbahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu bagi memudahkan proses integrasi di dalam komuniti rakyat Malaysia.

"Kedua, pemohon yang memohon wajib mempelajari dan mendalami budaya-budaya yang wujud di Malaysia dan wajib mengangkat identiti negara Malaysia iaitu Islam, Melayu dan Institusi Raja-Raja Melayu.

"Ketiga, setiap daripada pemohon yang memohon perlu di selidik latar belakang mereka supaya tiada daripada mereka datang dari latar belakang yang boleh merosakkan struktur keharmonian sosial di Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

"Keempat, UMMAH menuntut kerajaan memaklumkan senarai pemohon-pemohon yang akan diluluskan mengikut bangsa dan negeri atau negara asal mereka supaya rakyat tahu akan latar belakang mereka," katanya.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget