NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Tidak Bertanding, Bukan Beri Laluan Kepada UMNO - Ahmad Samsuri



PAS tidak meletakkan calon untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis bukan kerana memberi laluan, sebaliknya itu atas pelbagai pertimbangan selepas mendapat pandangan daripada rakan-rakan (PAS) di Selangor, kata Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menurut beliau, PAS memutuskan perkara itu selepas mempertimbangkan kajian dan maklumat terkini yang ada termasuklah kedudukan kewangan semasa parti itu.

“Walaupun dibaca sesetengah pihak, bahawa keputusan tidak bertanding itu sebagai memberi laluan kepada UMNO untuk bertanding, itu adalah tafsiran orang di luar. Apa yang berlaku adalah keputusan PAS sendiri untuk tidak meletakkan calon atas pertimbangan-pertimbangan yang pelbagai selepas mendapat pandangan daripada rakan-rakan di Selangor,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Makan Malam Dana Maahad Darul Quran (MDQ) sempena Ihtifal Idul Ilmi MDQ 2018 di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, Marang, kelmarin.

Mengulas mengenai persediaan PAS bagi berdepan PRK di Balakong, menteri besar menjelaskan kedudukan PAS bagi meletakkan calonnya di situ juga belum ditentukan lagi berikutan baharu sahaja menerima berita itu (kematian ADUN Balakong) hari ini (Jumaat lalu).

Beliau yang juga Ketua pengarah Pilihan Raya PAS Pusat seterusnya akan mengadakan perbincangan susulan perkara itu bagi mendapat pandangan daripada bawah terutama di kalangan jentera pilihan raya PAS Selangor sebelum membuat sebarang keputusan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo