NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Terengganu akan sertai himpunan bantahan UEC


KUALA TERENGGANU 26 Julai - PAS Terengganu mengesahkan akan turut serta dalam himpunan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) di Kelab Sultan Sulaiman di ibu negara Sabtu ini.

'Himpunan Kebangkitan Ummah Malaysia Baharu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14): Islam dan Melayu Terancam' itu antara lain bagi mempertahankan hak Melayu, bumiputera dan umat Islam dengan menghimpunkan pelbagai NGO, wakil-wakil parti politik serta tokoh masyarakat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS, Satiful Bahri Mamat berkata, penyertaan PAS negeri sebagai satu tanggungjawab bagi menentang cabaran yang semakin menghakis hak orang Melayu dan kedudukan Islam khususnya dalam pendidikan di samping kerukunan hidup dalam masyarakat majmuk.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri berkata, Kementerian Pendidikandan tidak sekali-kali tunduk kepada desakan pihak tertentu khususnya berkaitan tuntutan pengiktirafan UEC kerana usaha itu akan menjarakkan lagi hubungan antara kaum.

"Kalau kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan tunduk kepada desakan ini, keadaan akan bertambah celaru kerana setiap kaum akan tuntut hak masing-masing. Sudah tentu keadaan menjadi bertambah kalut dan haru biru," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata, kementerian berkenaan sepatutnya tidak melayan permintaan daripada kumpulan minoriti hanya untuk meraih populariti dengan mengetepikan pandangan majoriti yang tidak harus dilihat berasaskan perkauman tetapi kepada kepentingan masa depan negara.

"Kita kena ingat negara kita terdiri daripada masyarakat majmuk dan berbilang kaum, jadi kita kenalah seragam dan selaraskan sistem pendidikan negara untuk kepentingan semua, bukan hanya untuk minoriti," jelasnya. - UTUSAN ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo