PAS adalah alternatif terbaik bagi mempertahankan Islam, Melayu dan Bumiputera.


Oleh:H Bakri Jamaluddin
Melaka.

1.  Phenomena yg melanda politik tanah air hari ini adalah hasil dari kepincangan UMNO/ BN yg mentadbir negara ini selama 61 tahun. Apabila dasar sekular nasionalist menjadi pegangan dan  acuan dalam mengurus tadbir maslaha ummah. Merekalah yg bertanggung jawab dalam membentuk fikrah generasi hari ini.

2. Mereka gagal membangunkan  rakyat khususnya orang2 Melayu Islam menjadi satu bangsa yg kuat, Indipendan, Cerdas dan Mandiri. Dasar2 dan polisi pentadbiran yg mereka ciptakan menjadikan orang2 Melayu dan bumiputera lainnya tertinggal dan lemah dari segi material, ekonomi dan pola fikir dan mudah ditipu dan diperbodohkan.

3. Kebimbangan mereka terhadap Politik Islam yg dibawa oleh PAS menyebabkan mereka bermati-matian menyerang Ulama' PAS dan tokoh2 Agama yg cenderung kepada PAS. Agamawan digambarkan sebagai orang2 yg lemah dan tidak punya kekuatan untuk memimpin apatah lagi soal pentadbiran dan ekonomi. Mereka jugalah yg memberikan gambaran negatif terhadap Islam kepada orang2 bukan Islam dan rakyat Malaysia lainnya. Mereka menipu rakyat khususnya orang2 Melayu dgn berselindung disebalik slogan Ketuanan Melayu tetapi mereka jugalah yg menyebabkan Melayu terus- terusan lemah dan mudah dibeli dgn wang dan janji manis.

4. UMNO/ BN lah pengamal politik wang, Kronisma, Korup, Politik cantas mencantas, diskriminasi dan menyalah guna kuasa utk kepentingan peribadi, kroni  dan Politik mereka. Dan dari UMNO/BN jugalah lahirnya PKR, PH dan lain- lain parti yg dapat kita lihat hari ini.

5. Maka tidak hairanlah kalau kita lihat budaya UMNO/BN itu masih melekat di PH cuma perbedaannya PH lebih akur kepada DAP berbanding BN terhadap MCA dan Gerakan.

6. Sikap angkoh dan sombong UMNO/BN menyebabkan rakan2 yg dulu dalam UMNO jugalah yg menumbangkan mereka dari luar.

7. Kurang yakinnya umat Islam terhadap Islam sebagai Addin dalam mengurus dan mentadbir negara juga hasil dari doktrin yg mereka lakukan selama 61 tahun. Dan hari ini generasi Malaysia Baru tidak segan silu untuk menghina dan memfitnah Ulama' melalui media sosial.
Generasi Malaysia baru ini jugalah yg menumbangkan BN dan memilih PH.

8. Tapi apakah PH benar2.berbeda dgn UMNO/BN. Secara budaya sy melihat sama sahaja. Politik cantas mencantas, diskriminasi, korupsi, pilih kasih, Kronisma masih ada. Bahkan sangat merugikan orang Melayu Islam dan kaum bumiputera lainya. Budaya adu domba dan politik menipu rakyat masih berterusan terhadap rakyat yg tidak cerdas politik.

9. Sy melihat dasar kerajaan Malaysia baru tidak benar2 membela golongan Marhaen yg terdiri dari Nelayan dan Petani. Sementara menunggu 100 hari..tidak banyak yg boleh kita lihat akan perlaksanaan Manifesto mereka.  Apa2 yg dilaksanakan adalah lebih cenderung kepada memenuhi tuntutan DAP dan bukannya Rakyat Malaysia.

10. Pengiktirafan terhadap gulongan syiah, Ahmadiah, LGBT, Islam liberal dan haluan kiri Islam sgt merbahayakan dan boleh mengugat keutuhan hubungan sosial terutama dikalangan orang2 Melayu Islam. Kita tidak nafikan mereka punya hak sebagai warganegara dalam mendapatkan pendidikan, ekonomi, kesihatan dan lain2ya. Tetapi aliran yg menyimpang dari ajaran Islam itu haruslah diperbetulkan dan dibendung.

11.Maka...PAS harus siap untuk menjadi 'LEADER' dalam semua hal walaupun belum menjadi kerajaan pusat. Kepakaran yg dimiliki oleh ahli2 PAS haruslah digembeling utk melahirkan Politik yg Matang dan Sejahtera. Memberikan wajah baru politik yg berteraskan kepada Islam dan memberikan keadilan kepada semua kaum tanpa mengira agama. Memelihara ketuanan Melayu, Memertabatkan Islam dan menjaga keadilan sosial kaum2 lain tanpa ada diskriminasi.

12. PAS harus membuktikan bahawa serangan pemikiran oleh UMNO/ BN selama 61 tahun yang diteruskan oleh PH adalah tidak benar dan salah.

13. Secara statistik PAS telah membuktikan bahawa ia adalah bersih dan bebas korupsi tetapi PAS juga harus kedepan dalam memimpin revolusi ekonomi yg berteraskan Islam yg lebih adil kepada semua kaum kaum di Malaysia. Inilah masanya untuk PAS buktikan di Kelantan dan Terengganu.

13. Melihat kepada kelemahan2 PH yg tdk dapat menunaikan janji2 manifesto, kencenderungan PH kepada kehendak DAP dan bukannya Rakyat Malaysia, PAS adalah alternatif terbaik buat rakyat Malaysia dalam PRU15
Inilah PRU utk ISLAM....yakinlah.


Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget