BANGI, 18 Syawal 1439H, Isnin – Parti Amanah Negara (PAN) berpuas hati selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow memberikan kuota untuk parti itu menerajui beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Perkara itu diputuskan selepas lantikan Exco kerajaan Pulau Pinang baru-baru ini tidak menamakan mana-mana wakil rakyat PAN untuk menerajui negeri itu.
Pengerusi PAN Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, menerusi hasil rundingan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, pihaknya telah diberi beberapa GLC untuk diisi.
"Pertamanya Penang International Halal Hub (PIHH), Penang Invest, PBA Holdings, Zakat Pulau Pinang dan Kolej Islam Teknologi Berhad.
"Sebelum ini kita hanya ada dua kuota di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Itu pun kita ambil alih kuota yang diberikan kepada PAS sebelum ini," katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Justeru, Mujahid mengingatkan semua pihak agar tidak lagi melihat PAN sebagai parti kecil lagi kerana mereka sudah mempunyai dua ADUN di Pulau Pinang.
"Saya yakin pada PRU15 kuota kerusi yang ada pada Amanah akan dapat 100 peratus dengan sokongan rakyat," katanya.
Bekas timbalan ketua menteri II Pulau Pinang P Ramasamy berkata, PN perlu meluaskan daya tarikannya melangkaui pengundi Melayu. PETALING JAY...
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment