Nazir, Pengerusi CIMB akan diberhentikan?


KUALA LUMPUR: Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak berkata, tempoh perkhidmatan beliau akan berakhir pada Ogos 2019 dan dia belum memutuskan sama ada akan melanjutkan tempoh itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Nazir berkata, tiada komunikasi dibuat dengan sesiapa atau mana-mana badan mengenai kedudukannya.

"Pengerusi CIMB diputuskan oleh lembaga, pemegang saham dan Bank Negara Malaysia dan jika pada bila-bila masa salah seorang daripada mereka ingin saya mengundurkan diri, saya mesti dan akan berbuat demikian.

"Saya telah menghabiskan 29 tahun di sini, ia satu-satunya pekerjaan saya dan akan sentiasa melakukan yang terbaik untuk CIMB," katanya.

Pengerusi CIMB tersebut mengulas laporan berita bertajuk "Pengganti Nazir dicari" yang diterbitkan hari ini.

"Saya sedar ketidakpastian kepemimpinan tidak membantu, jadi saya berharap respons terhadap artikel berkenaan memberikan kejelasan sebaik mungkin sedaya upaya saya," katanya.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget