NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muhyiddin selamat jalani pembedahan, Mahathir pangku tugas Menteri Dalam Negeri


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan memangku jawatan Menteri Dalam Negeri selama sebulan susulan Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu berihat selepas menjalani pembedahan hari ini.a

Dalam satu kenyataan oleh Setiausaha Akhbar Kementerian Dalam Negeri Hafiz Abdul Halim berkata, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu akan menjalani rawatan perubatan susulan berula hari ini dan dijangka akan kembali bertugas dalam tempoh sebulan.

Hari ini media dimaklumkan , Ahli Parlimen Pagoh itu selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada pankreas yang telah dapat dikesan pada peringkat awal oleh doktor pakar.

Kenyataan juga tidak menyebut di mana hospital tempat Muhyiddin menjalani pembedahan kerana atas permintaan keluarga yang mahukan beliau berehat daripada menerima kunjungan, kata Setiausaha Akhbarnya ketika dihubungi.

"Alhamdulilah pembedahan telah berjaya dan beliau dalam keadaan stabil," ujarnya kenyataan ringkas 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo