Mufti Bidas Mahathir Ciri Munafik

Hati-hati pusingan U, jangan sampai jadi munafik


FARHANA JONI 
17 Mac 2018 2:09 PM

Kata Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad, ciri-ciri orang munafik adalah bermula dengan berbohong, selepas itu memungkiri janji seterusnya mengkhianati amanah dan semua perbuatan ini sedang berlaku dalam Pakatan Harapan.

Menurut beliau, perkara itu jelas apabila calon Perdana Menteri Pakatan Harapan diketuai DAP,  Tun Dr. Mahathir Mohamad sanggup bekerjasama dengan musuh politiknya dahulu iaitu DAP dan pada masa sama menimbulkan tanda tanya berikutan gesaannya supaya membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sedangkan sebelum ini beliau mendakwa Penasihat PKR itu tidak bermoral.

“Apa yang paling dikhuatiri, strategi politik seperti itu dibimbangi mencontohi perbuatan Abdullah Ubay yang terkenal dalam sejarah Islam sebagai pemimpin munafik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Yusof mengingatkan semua pihak supaya tidak sama sekali memandang ringan sebarang tindak-tanduk yang membawa kepada perbuatan munafik.

“Ini perlu kerana Islam meletakkan orang munafik ini di kedudukan paling rendah di neraka.

“Ramai orang Islam memandang ringan mengenai isu munafik, sedangkan golongan ini memang dilaknat malah Allah menyifatkan mereka ini mempunyai penyakit di dalam hati,” katanya.

Dalam usahanya menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, Dr. Mahathir dilihat mengejutkan ramai apabila memilih DAP sebagai sekutu sedangkan parti itu ditentangnya sebelum ini kerana memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia yang disifatkan beliau merugikan orang Melayu.

Selain itu, menerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP, Dr. Mahathir bukan sahaja bergabung dengan PKR bahkan membuat beberapa pusingan U terhebat dalam karier politik beliau termasuk mendesak Anwar dibebaskan daripada penjara.

Malah terbaharu, Dr. Mahathir yang dikritik hebat media asing ketika memecat Anwar dua dekad lalu memberi alasan yang beliau bertindak demikian sebab didorong polis.-UTUSAN ONLINE


Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget