MP persoal penubuhan MPK


KUALA LUMPUR: Suasana di Dewan Rakyat hari ini sedikit hangat apabila wakil rakyat pembangkang mempersoalkan punca kuasa Majlis Penasihat Kerajaan (MPK).

Pada sesi soal jawab, Khairy Jamaluddin (BN-UMNO Rembau) membangkitkan fungsi MPK yang dilihat bukan saja memberi nasihat tetapi memberi arahan dan menjadi perunding untuk kerajaan.

"Apakah punca kuasa MPK, memandangkan mereka bukan hanya memberi nasihat tetapi memanggil Ketua Halim Negara, Tun Raus Shariff dan mengarahkan beliau meletakkan jawatan.

"Itu bukan nasihat tetapi arahan dan sekarang seorang ahli MPK pergi ke China untuk mewakili negara dalam satu rundingan, adakah ini dinamakan memberi nasihat," soalnya yang mendapat sokongan ahli Parlimen pembangkang lain.

Khairy turut mempersoalkan pengaruh Pengerusi MPK, Tun Daim Zainuddin menjadi wakil kerajaan berunding di China dan pelantikan seorang ahli MPK, Tan Sri Zeti Akhtar Abdul Aziz sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Bhd dan Sime Darby Property Bhd.

"Bilakah MPK ini akan dibubarkan, kerana mereka ini tidak dipilih dan akauntabilitinya dipersoal," katanya.

Menjawab soalan Khairy, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, penubuhan MPK satu perkara biasa yang juga pernah dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini .

"Kerajaan BN banyak melantik badan penasihat termasuk penasihat untuk syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"MPK ini hanyalah satu badan penasihat yang tidak terikat dengan mana-mana peruntukan undang-undang atau `locus standi'.

"Itu lawatan (kunjungan Tun Daim ke China) dan diarahkan oleh Perdana Menteri. Sekiranya diarahkan kenalah beliau pergi.

"Isu akauntabiliti ini terletak kepada Jemaah Menteri kerana laporan MPK ini tidak mengikat kerajaan untuk melaksanakannya," katanya.

Vui Keong berkata, laporan MPK ini diambil, didengari, ditimbangkan dan akhirnya kerajaan yang akan membuat keputusan selepas itu.

"Mereka hanya menasihatkan negara tetapi terpulang kepada kerajaan untuk laksanakan atau tidak. Kita tidak terikat dengan laporan MPK," katanya

Menjawab mengenai tarikh MPK akan dibubarkan, Vui Keong berkata, majlis itu memberi nasihat kepada janji yang diputuskan kerajaan untuk dilaksanakan dalam tempoh 100 hari dan selepas tempoh itu, ia akan dibubarkan.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget