Militan: Ramasamy Perlu Jawab


Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendesak Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Dr P Ramasamy menjawab dakwaan dikaitkan dengan kumpulan militan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).

Menurutnya, rakyat bimbang sekiranya wujud mana-mana kumpulan terlibat dengan kumpulan pengganas di negara ini.

“Beliau mesti menjawab isu yang dibangkitkan ini. Kita amat bimbang jika wujud kumpulan yang terlibat dengan pertubuhan pengganas Pemisah Tamil tersebut dalam negara ini.

“Apakah ini sebabnya beliau takut untuk berdialog? Bangkit rakyat Malaysia! Pengganas tiada tempat untuk negara ini,” katanya melalui laman Facebooknya, pada Ahad.

Beliau berkongsi status pendakwah yang juga Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) Firdaus Wong berkenaan keratan berita yang antara lain menyebut Ramasamy menjemput ahli LTTE, V.Gopalasamy atau Vaiko ke majlis perkahwinan anaknya, tahun lalu.

Vaiko ditahan di lapangan terbang oleh pihak berkuasa dan disoal siasat beberapa jam susulan namanya telah disenarai hitamkan.


Firdaus dalam status tersebut sempat mengajukan soalan buat Ramasamy berhubung perkara itu.

“Kenapa P. Ramasamy menjemput seseorang yang disenarai hitamkan oleh kerajaan Malaysia dan pernah dipenjarakan di India pada 2009 serta mempunyai kaitan dengan LTTE? Mungkin rakyat perlu tahu jawapan Ramasamy,” katanya.

Sebelum ini, P Ramasamy memberi cadangan supaya Zakir dihantar pulang ke India supaya hubungan Malaysia dengan negara itu tidak terjejas.

Berkait perkara ini, Dr Maza ada mencadangkan agar pendakwah Islam terkenal, Dr Zakir Naik dan Ramasamy berdebat secara terbuka bagi menentukan siapa pengganas yang sebenar. - Wartawan Watan-Online
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget