NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Meraikan Kelompok Pedofilia?


Oleh : Sdr Wan Zulkarnain Wan Ismail

1. Jenayah Pedofilia merujuk kepada mereka yang mempunyai kecenderungan seksual terhadap kanak-kanak. Ia merupakan jenayah yang memerlukan perhatian serius dan kritikal daripada semua pihak, terutama pihak kerajaan.

2. Cukuplah kita ditampilkan dengan dua kes berikut berkenaan ancaman jenayah Pedofilia;

i) Nur Fitri Azmeer, penuntut jurusan matematik di Imperial College - dijatuhi hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah London selepas didapati bersalah memiliki ribuan video dan gambar lucah kanak-kanak, termasuk 601 imej ‘kategori A’ yang menggambarkan hubungan seks dengan kelompok bawah umur.

ii) Richard Huckle, warga Britain - yang didakwa melakukan jenayah seksual terhadap 23 kanak-kanak dan bayi Malaysia serta Kemboja berusia enam bulan hingga 12 tahun. Dia juga didakwa mencabul sehingga 200 kanak-kanak, kebanyakannya daripada masyarakat miskin di Kuala Lumpur dari 2006 hingga 2014.

3. Memetik kata-kata Ketua Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, "pedofilia dan pornografi kanak-kanak adalah bentuk pelanggaran hak asasi manusia yang serius. Kelompok ini (kanak-kanak) sepatutnya disayangi dan dilindungi, bukan didera atau dieksploitasi secara fizikal, mental mahupun seksual."

4. Kita yakin, bukan 'sekelumit Iman' di dada mereka - Yang Berhormat Muslim yang memegang tampuk pemerintahan Negara. Terutama daripada Jemaah IKRAM dengan platform politik mereka "Parti Amanah Negara". Namun wajib diterjemahkan dengan suara yang lebih vokal dan tindakan yang lebih tegas terhadap mereka (ketika kuasa ditangan). Jika tidak, menambahkan lagi keresahan rakyat.

5. Adakah kelompok LGBT yang didokong oleh ahli yang bertuhankan nafsu, pemimpin negara yang tegar membela, agamawan terlalu lunak bakal meraikan keahlian mereka - kononnya dengan slogan mereka "ALL LOVE IS LOVE" membatasi hakikat fitrah, norma dan aturan Tuhan?

[Penulis merupakan Ahli Pemuda PAS Batu]


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo