Menteri pintu belakang, Wee (MCA) pulang 'paku buah keras'



Timbalan Presiden MCA Wee Ka Siong meminta Liew menjelaskan kesudian menjadi timbalan menteri melalui pelantikan senator.

PETALING JAYA: Liew Chin Tong tidak mahu melayan sindiran Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang meminta Liew menjelaskan kesudian menjadi timbalan menteri melalui pelantikan senator.

Terdahulu, Wee menegur Liew kerana pernah menyindir Ketua Pemuda MCA Datuk Chong Sin Woon sebagai "menteri pintu belakang" yang dilantik menjadi timbalan menteri pendidikan II selepas menjadi senator pada penggal lepas.

"Saya tak nak jawab, terima kasih," kata Liew ketika dihubungi FMT.

Liew mengangkat sumpah timbalan menteri sejurus selepas mengangkat sumpah senator hari ini.

"Sebelum ini dia pernah mengejek wakil MCA," kata Wee hari ini, sambil mengucapkan tahniah atas pelantikan itu.

Liew tewas ketika mencabar Wee di Parlimen Ayer Hitam pada pilihan raya Mei lepas. Beliau kecundang bersama-sama calon PAS, Mardi Marwan.
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget