NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Menjawab soalan Gopal Sri Ram siapa tokoh perundangan PAS



"ANDA tidak akan boleh memuaskan hati pentaasub agama. Adakah PAS pernah menghasilkan mana-mana tokoh termasyhur (dalam bidang) undang-undang?," soal bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Dato' Seri Gopal Sri Ram.

Mari saya nak bersurah.

Almarhum Prof Tan Sri Dr Ahmad Ibrahim adalah tokoh termasyhur dalam bidang perundangan. Bahkan namanya diabadikan di Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim di UIAM.

Beliau pemikir dan ahli PAS seumur hidup. Beliau meninggal pun sebagai pemikir dan ahli PAS.

Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu adalah 'air tangan' beliau dengan dibantu oleh kumpulan pakar perundangan yang lain.

Bahkan beliau banyak membantu PAS dalam mendesak Suruhanjaya Reid memasukkan Islam ke dalam Perlembagaan Persekutuan (lahirnya Perkara 3) sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.

Tak keterlaluan jika beliau digelar Bapa Perundangan Islam Malaysia, Singapura dan Brunei kerana usaha dan jasanya.

Saya nak tegaskan tokoh pemikir PAS ini lebih masyhur daripada anda. Jasanya juga jauh lebih besar dan membumi daripada anda.

Ahmad Ibrahim setara dengan Bapa Pendidikan Malaysia, Dato' Seri Aminuddin Baki.
Oh ya, Aminuddin Baki juga pemikir dan ahli seumur hidp PAS. Beliau mati pun sebagai pemikir dan ahli PAS.

Azlan A Rahman

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo