NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MATTA: Bersatu Mengharungi Arus Pemodenan Dan Globalisasi



KUALA TERENGGANU – Bukan sahaja Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) MATTA, malah badan-badan NGO pelancongan lain di negeri Terengganu digesa bersatu dalam sama-sama mengharungi arus pemodenan dan globalisasi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Tekonlogi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman berkata, setiap 'pemain' mesti mengambil peluang di dalam perkembangan teknologi maklumat dalam memastikan kejayaan dapat dikecapi di dalam industri pelancongan.


"Kerajaan negeri memberi jaminan untuk terus komited mempergiatkan rancangan masa depan, persediaan dan pelaksanaan pelabagai usaha bagi menarik kehadiranlebih ramai pelancong ke negeri Terengganu,
"Ini adalah untuk memastikan sumbangan industri pelancongan dapat dimanfaatkan usahawan tempatan dan rakyat dari segi penyediaan pelbagai peluang pekerjaan dan membawa kean limpahan kepada ekonomi tempatan.

"Di sinilah peranan penggiat-penggiat pelancongan terutama MATTA dalam menyediakan pakej-pakej kawatan yang inovati, perkhidmatan dan kemudahan yang mesra pelancong," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pejabat Baharu MATTA Terengganu di Dataran Panji di sini hari ini, 19 Julai.

Oleh itu, kata beliau, kerajaan negeri Terengganu akan mempergiatkan usaha dalam memastikan prasarana dan kemudahan sokong pelancongan adalah menepati keperluan kemudahsampaian dan keselesaan kepada pelancong.

"Secara peribadi, saya percaya Negara kita amnya dan negeri Terengganu khususnya sememangnya telah dikenali sebagai Destinasi Mesra Muslim,

"Apa yang penting ialah untuk menerapkan prinsip iaitu dari segi kepatuhan kepada didtem dan nilai yang ditetapkan oleh syarak, kegiatan yang mendapat keredhaan Allah dan kesan yang diperoleh hasil kegiatan pasca pelancongan," jelas beliau.

Justeru beliau berharap, badan-badan NGO pelancongan dapat menerapkan elemen-elemen perkhidmatan yang tersedia di negeri ini.

Katanya, perkhidmatan MyBus, Bas Kita, Payang Water taxi, bot penambang dan beca tradisional agar dapat dimasukkan di dalam pakej-pakej lawatan usaha memperkenalkan keunikan warisan dan tradisi negeri Terengganu kepada komuniti luar.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo