Manifesto Lesen Motor Percuma Ke Meja Bulat Untuk Direalisasikan


Oleh: Wartawan BO

KUALA TERENGGANU – Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO negeri Terengganu telah pun bersidang bagi merelisasikan janji pilihan raya (Manifesto) yang keempat, Pemberian RM300 Kepada Pemuda Pemudi Mendapatkan Lesen Motosikal.

Pengerusinya, YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, PAS cuba menyelesaikan janji dengan sebaiknya.

“Kita cuba menyelesaikan janji-janji dalam manifesto dulu sebaiknya dan insyaAllah bagi pembangunan belia,

“lesen percuma antara manifesto yang kita tawarkan dan kita akan cuba menlaksanakannya sebaik mungkin,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat tersebut, di Wisma Darul Iman pada Ahad, 27 Mei.

Oleh itu katanya, perundingan dan perbincangan dengan jabatan dan agensi terbabit terlah dibuat bagi pelaksanaan manifesto itu secepat mungkin.

“Banyak perkara dan mekanisma perlu di runding dengan pihak pihak terbabit sebelum manifesto ini diluluskan,

“dan kita amat mengharapkan akan dapat melaksanakannya secepat mungkin,” tambah beliau.

Justeru itu, beliau akan memaklumkan perkembangan ‘khabar gembira’ tersebut dalam masa terdekat.

“nantikan berita gembira ini dibuka untuk semua belia belia di luar sana yang belum memiliki lesen memandu motosikal,

“pihak pembangunan belia sedang menguruskannya dan akan di maklum perkembangannya dalam waktu terdekat,” kata Ustaz Wan Sukairi.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget